Tangan Yang Memberi


Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima.

Impian saya adalah untuk lebih banyak memberi tetapi saya masih belum mampu lagi. Jadi saya jadikan ia sebagai satu pendorong untuk terus berusaha, insya Allah.

10011813_10202994984906994_4997894848839642921_o

Setiap hari, ada seorang pakcik omputih yang berpakaian seperti sami Hindu akan memberi makanan percuma di depan SOAS, sekolah saya. Mula2 saya hairan kenapa lah orang beratur panjang depan sekolah, rupa-rupanya mereka sedang beratur untuk makanan percuma.

Makanan yang diedarkan itu adalah makanan vegetarian katanya tetapi saya rasa takut pula untuk mencuba….huhu..adakah saya paranoid? Mungkin saya rasa’ takut’ melihat gambar lembu di basikal sorongnya dan muzik Hindu yang dipasang.

Apa-apa pun saya masih kagum melihat kesungguhannya untuk memberi. Harapnya kita semua dapat ‘melonggarkan genggaman’ tangan dan merasa nikmat dalam memberi mengikut keupayaan masing-masing. 😀