Tips Untuk Berani Mencuba


memanah

Gambar: Tahun 2011 ketika saya cuba memanah di Korea. Kalau ikutkan hati, memang tak pandai langsung dan malu nak cuba tapi saya lawan perasaan itu dan cuba belajar. Alhamdulillah saya gembira dapat belajar ilmu memanah walaupun sedikit😀

Saya pasti kita semua pernah rasa malu/takut untuk melakukan sesuatu walaupun perkara itu tidak salah. Contohnya takut/malu nak bertanya dalam kelas, memberi ucapan di depan orang, mencuba bidang baru, memberi salam dan sebagainya. Itu namanya malu/takut tidak bertempat.

Kadang-kadang sikap begitu yang menyebabkan kita ketinggalan atau susah sebenarnya.Umat Islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari semalam. Jom kita beranikan diri untuk bertindak. Tipsnya:

1) Pastikan perkara yang mahu dicuba itu tidak melanggar syariat Allah.

2) Yakin bahawa yang penting redha Allah yang kita cari. Jangan harapkan redha manusia 100% kerana sudah semestinya kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang. Tapi perlu diingatkan redha ibu bapa juga penting kerana redha Allah berkait rapat dengan redha ibu bapa.

3) Ingat bahawa tidak semestinya duduk dalam golongan majoriti itu adalah perkara yang baik/bermanfaat. Contohnya tiada siapa pun dalam kelas yang mahu bertanya soalan atau memberi pendapat. Jadi kenapa perlu jadi seperti yang lain? Beranikan diri dan mulalah bertindak.

4) Cuba lawan ‘suara kecil’ yang berbisik: Nantilah…/Tengoklah dulu…./Kalau lah….dan sebagainya. Selalunya itu alasan untuk kita tidak mencuba.

5) Jangan pernah berhenti menuntut ilmu kerana:

ilmu

Don’t be afraid before you try! 😀