Makanan ‘Oversea Style’


kazokubanner-makanan

HMMSkomik

Makan. Memang tak boleh elak sebab fitrah manusianya begitu. Lebih lebih lagi perkataan “makan” memang berkait rapat dengan asal usul Bahasa Melayu asli. Sewaktu aku menghadiri winter gathering, yang menjadi penyampai ketika itu adalah Prof Madya Dr Hafidzi,. Beliau memberi sebuah daurah/seminar berkisar tajuk ‘Islam di Nusantara.’ Sememangnya beliau pakar bab-bab Melayu nusantara. Antara benda menarik yang aku peroleh buat pertama kali adalah rupa-rupanya Bahasa Melayu yang kita pakai sekarang ini semuanya datang  atau diadaptasi daripada luar contohnya dari Sanskrit, Arab, Jawa, Inggeris dan lain-lain kecuali 3 perkataan sahaja. Yang aku ingat sampai sekarang dua sahaja iaitu “makan”  dan “babi”. Satu lagi tiada dalam simpanan data otakku (terdelete barangkali…hukhuk)

Entry ini memang berkait bab makan. Sebab tu banyak perkataan makan. Makan,makan dan makan. Zaman sekarang ni mana main dah dari mata turun ke hati, rata-ratanya semua dari perut naik ke hati. Tak percaya? Cer hangpa masak sedap-sedap bagi wife makan, tak berbunga-bunga hati si dia?

Memasak tak memerlukan kita untuk ke kelas dan belajar pun. Sekadar pengalaman dan percubaan beberapa kali, sudah cukup. Bakat tak ada? Entahlah. Kenapa aku merasakan memasak ini tak perlukan bakat pun, hanya memerlukan lidah. Campaklah apa-apa pun, asalkan enak di lidah. But for sure it must be edible.

Bermula sekarang, aku cuba untuk terangkan kisah di sebalik lauk-lauk/makanan yang aku masak beserta gambar-gambar ini.

(Obersea style)

acap1

Mee kari

Ha… ni benda yang feveret dan teruja sekali untuk dibuat. sebab orang suka makan mee kari aku. Bila orang suka, aku jadi suka nak buat. Buat suka-suka hati pun, jadi suka. Memang suka. Kat mee kari ni, apa yang paling penting adalah harus 80% nya menggunakan serbuk kari ikan, 20% nya serbuk kari ayam/daging. Tu je yg penting. Oh satu lagi santan or cream or susu segar. Pastu yang lain-lain tu campak la apa-apa pun nak campak. Topping apa pun, gunalah..

acap2

Spaghetti

Ni spaghetti campak-campak. Yang penting kat sini, blender tomato dan ayam. Ayam blender? Iyup. Nanti dia jadi ayam ala-ala cincang. Kat sini tak nak la citer satu-satu apa yg kene letak/ Just search Google, pasti keluar.

acap3

Rendang

Ini rendang. Sebijik-bijik aku tiru internet. Ada yg suruh masuk biji keras, daun kunyit.. pergh kat obersea ni mana nak cari kan.. so tak payah masukkan pun tak apa. Yang penting kerisik dan gula perang. Kalau tak ada 2 benda tu, jangan risau, blender cili hijau pedas, masukkan serbuk kunyit dan santan and it will end up as kuah lemak cili api. Perghhh soddap.. Try la cuba.

acap4

Pizza

Kalau yang ada oven tu, boleh la buat pizza. Huhu. Resepi? Secret. Ngahahahaha..

acap5

Nasi daging

Haaaaaa.yang ni pulak………aku pun tak mmpu dan tak reti nak buat sebab ini kiriman  ummiku dari Malaysia. Hehe.. Gulai daging goreng tempoyak petai daun ubi kayu. Panjang tak nama?

So basically, entry kali ni memang akan habis di sini saje sebab ia bakal bersambung. InsyaAllah~~~~

Akhir kata, memasaklah anda sekerap yg boleh di rumah laki-laki mahupun perempuan. (Sepatutnya ayat kene cmni; “perempuan mahupun laki-laki” tapi sumpah aku tak tipu apa yang aku tengok. Selalu nampak pompuan kat obersea ni makan kat luar berbanding memasak di dapur. Sebaliknya lelaki selalu masak, dalam kata lain, TERpaksa memasak demi menabung wang untuk kegunaan shopping gajet-gajet mahupun utk kegunaan masa depan yang terjamin. Ahhaaaaa…) ala kulli hal, buatlah apa yang termampu ye. Hehe..

Sorry jika ada kata-kata yg mengguris jiwa sanubari.

Assalamualaikum…..

HMMS