Belajar di Luar Negara: Antara Tanggapan dan Realiti


Semenjak keputusan SPM diumumkan, tambahan lagi dengan musim memburu biasiswa untuk calon pelajar sarjana dan PhD bakal menjelang, saya mendapat emel bertalu-talu bertanyakan soalan mengenai belajar di luar negara. Terima kasih kerana sudi bertanya tetapi maaf sangat-sangat kerana saya tidak mampu untuk menjawab soalan yang terlalu banyak. Kebanyakannya bertanyakan soalan yang sama dan jawapannya ada dalam blog saya. Yang penting kena terus rajin mencari dan mencari.

Kali ini saya ingin menyentuh topik berkenaan tanggapan dan realiti belajar di luar negara. Saya pasti ramai yang bertanggapan:

Wah, best giler belajar kat luar negara!”

Memang benar belajar di luar negara merupakan pengalaman yang menyeronokkan tetapi perlu diingatkan tidak semuanya indah dan mudah. Belajar di luar negara memerlukan kekuatan fizikal, mental dan rohani, barulah kita boleh survive dengan baik.

alzahra

Di sinilah saya belajar selama 4 tahun untuk ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa dan Sastera Parsi di Universiti Al-Zahra, Tehran. Memang sukar untuk menyesuaikan diri kerana saya satu-satunya pelajar asing dalam kelas. Orang lain senang je nak faham, saya pula terkedek-kedek kena belajar dari asas. Tapi itulah kemanisan cabarannya😀

Macam-macam soalan yang saya dapat. Contohnya:

Saya dapati hanya saya seorang muslim dri malaysia dalam kelas saya yang membuatkan saya berasa kurang keyakinan diri  dan perasaan malu masih menebal. Saya tidak pasti adakah saya mampu untuk capai high distinction. Saya juga masih menyesuaikan diri.
 
Kawan2 kata belajar master di oversea, relaks. tapi kalau melihat keadaan saya, saya perlu kerja keras. dan sgt perlukan motivasi.
 
Buat masa ini, parents saya berharap saya akan dapat biasiswa mara.
 
2 perkara yang memeningkan saya iaitu:
 
1. biasiswa. sara hidup.
2. untuk capai high grade + adaption.”
Mereka yang masih belum berpengalaman belajar di luar negara mungkin bertanggapan bahawa belajar di luar negara mudah, relaks dan indah sahaja. Seolah-olah nampak lukisan pemandangan yang cantik, it looks calm, serene, colorful and perfect. Tapi ramai yang tidak tahu bahawa untuk mendapatkan ‘lukisan’ itu, entah berapa banyak ‘warna’ yang perlu ditepek atau berapa banyak kali ‘try and error’ yang perlu dilakukan. Tidak kurang juga berapa banyak ‘gantang’ air mata yang dititiskan dalam tempoh tersebut.
Di sini, saya akan berikan beberapa tanggapan/mitos tentang belajar di luar negara. Saya juga akan sertakan realitinya:
 Tanggapan  Realiti
“Belajar di luar negara relax dan senang je.” Saya tidak pasti ‘tang’ mana yang dianggap mudah itu. Setahu saya, kita perlu bekerja keras dua kali ganda lebih-lebih lagi apabila kita perlu berhadapan dengan sistem pendidikan, bahasa, persekitaran, budaya dan cara hidup yang berlainan.
“Kalau belajar luar negara, boleh selalu makan angin ke tempat-tempat best.” Ini merupakan kelebihan untuk pelajar luar negara: makan angin. Tetapi tidak semua yang mempunyai peluang sebegitu, bergantung pada kadar biasiswa pelajar tersebut. Bagi sesetengah lokasi, kadar biasiswanya rendah sahaja, maka mereka perlu mengikat perut giler-giler untuk mendapat peluang melancong.
“Tak kisahlah belajar bidang apa pun, asalkan dapat belajar luar negara. Mesti boleh berjaya punyalah.” Belajar di luar negara bukanlah jaminan untuk berjaya. Yang penting adalah MINAT. Jika minat, belajar di mana-mana saja pun boleh berjaya. Ada juga kes pelajar cemerlang SPM yang menyambung pelajaran dalam bidang yang tidak diminati di luar negara. Hasilnya, ada yang terkandas di tengah jalan, ada yang balik ke Malaysia dan tukar bidang dan macam-macam lagi.
“Budak belajar oversea mesti senang giler nak dapat kerja.” Pelajar lepasan luar negara tiada jaminan untuk mudah mendapat kerja. Mungkin ia merupakan kelebihan bagi sesetengah bidang tetapi tidak semua. Ada juga yang perlu menganggur lama sebelum mendapat peluang kerja.
“Kau duduk lama luar negara bestlah. Mesti kau belajar habis sampai PhD.” Tidak dinafikan ada yang mendapat peluang keemasan seperti ini. Tetapi ada juga yang lama duduk di luar negara kerana asyik tersangkut tahun (tak lepas peperiksaan dan perlu mengulang tahun).
“Kau duduk di luar negara. Mesti macam air je kau cakap bahasa…..kan? Memang satu kelebihan untuk tinggal di negara native bagi sesuatu bahasa tetapi ia bukan jaminan untuk kita cekap dalam bahasa itu. Jika kita ada minat yang tinggi dan kuat usaha, kita mampu untuk menguasai sesuatu bahasa tidak kira di mana lokasinya.

Di luar negara, ramai juga pelajar Malaysia yang tidak fasih sesuatu bahasa itu kerana hanya bergaul dan duduk dengan rakyat Melayu saja. Hasilnya mereka tidak berlatih dan kemahiran bahasa mereka sebenarnya biasa-biasa saja.

“Mesti kau ada banyak kawan foreigners kan? Bestlah satu kelas dengan foreigners, macam-macam kau belajar. Ini bergantung pada kemahiran komunikasi dan kekuatan seseorang. Ada yang peramah dan cepat masuk, maka mudah dia berkawan. Ada pula yang sukar bergaul atau ada juga yang mendapat kawan sekelas yang tidak mahu bergaul dengan pelajar asing. Ia berbeza mengikut persekitaran dan lokasi. Kerana ini, ada juga yang mengalami depression dan hasilnya kelihatan di keputusan pelajaran yang tidak memuaskan, dan ada juga yang give up dan pulang ke Malaysia

Ini sahaja tanggapan dan realiti belajar di luar negara yang saya boleh fikirkan sekarang. Ada sesiapa yang mahu tambah? Jangan segan untuk nyatakan di ruang komen. Nanti saya akan tambahkan dalam jadual di atas.😀

Saya tiada niat untuk menakut-nakutkan sesiapa, saya cuma ingin menyatakan realiti saja. Saya memang menggalakkan sesiapa yang bercita-cita untuk belajar di luar negara, go for it! Cuma perlu ingat bahawa dengan belajar luar negara; pengorbanan, ketabahan, kekuatan juga perlu datang seiring.

gradwashu

Saya bersama best friend, Safiyyah ketika mendapat ijazah MA dari Washington University in St Louis, USA. Bersama-sama ijazah ini, ada lah jugak dalam 2-3 tong air mata sebab academic paper asyik kena reject. Menjadi satu-satunya pelajar asing sekali lagi dalam kelas omputih memang sukar. Huhuhu~

Semoga berjaya semua! ^_^