Tawaran Menjadi Mentee untuk April 2015


Mentor-Mentee-orange

Assalamualaikum,

Shukran jazilan kerana ramai yang berminat untuk memohon menjadi mentee bagi Mac 2015. Walaubagaimanapun, saya minta maaf kerana saya hanya mampu untuk membimbing beberapa orang sahaja dalam masa sebulan.

Terima kasih tidak terhingga  atas kesudian bertanyakan soalan kepada saya tetapi sekali lagi saya memohon kemaafan kerana tidak mampu menjawab semua soalan. Jika saya berkesempatan untuk menjawab soalan pun, saya akan beri jawapan yang ringkas saja. Harapnya kalian dapat memahami kerana saya ada prioriti lain dalam tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan pelajar PhD.

Seperti yang diwarwarkan sebelum ini, kali ini saya akan membuka lagi peluang tawaran  untuk memberi bimbingan pada beberapa orang bagi April 2015. Dalam kata lain, saya akan menjadi mentor untuk beberapa orang mentee. Apa itu mentoring?

“Mentoring is to support and encourage people to manage their own learning in order that they may maximize their potential, develop their skills, improve their performance and become the person they want to be.” Eric Parsloe, The Oxford School of Coaching & Mentoring

Saya bukanlah pakar dalam membimbing orang tetapi saya akan cuba berkongsi ilmu dan pengalaman. Tidak kiralah apa jua perkara, contohnya: bimbingan dalam pelajaran bahasa Inggeris atau kemahiran komunikasi atau pencarian biasiswa atau persediaan untuk memohon Masters atau apa saja. Tetapi saya dapat rasakan ‘pencarian biasiswa’ adalah perkara terhangat sekarang memandangkan keputusan SPM baru sahaja diumumkan dan mereka yang mahu mengambil MA atau PhD sudah mula ‘memburu’.

Pengumuman mengenai mentee pilihan akan keluar pada awal bulan April 2015. Mentee yang terpilih  akan dibimbing selama sebulan. Insya Allah, setiap bulan saya akan buka tawaran ini untuk memberi peluang pada yang lain pula. Perlu diingatkan yang saya hanya membimbing manakala mentee perlu berusaha sendiri dan bertanggungjawab atas hasil/keputusannya.

Untuk berlaku ADIL pada semua, permohonan mentee HANYA BOLEH DILAKUKAN DI POST INI SAHAJA. Sebarang permohonan mentee yang dihantar ke emel saya atau ke mesej Facebook tidak akan dilayan dan serta-merta terkeluar daripada senarai dalam penilaian pemilihan mentee.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi mentee saya, bolehlah tulis di bahagian komen di bawah:

  1. Nama sebenar/nama samaran
  2. Emel
  3. Jantina
  4. Umur
  5. Lokasi
  6. Perkara yang memerlukan bimbingan. Berikan serba sedikit keterangan mengenainya.

Take care everyone! ^_^