Tak Nak Makan Tapi Termakan


kazokubanner-makanan

sushibakarkomik

Cerita bermula ketika aku masih dalam pengajian di sebuah universiti Jepun pada tahun 2010. Ketika itu aku menuntut di tahun 2 dan aku perlu menghadiri banyak kuliah elektif dan teras. Sudah menjadi budaya pelajar di sini, ketika waktu makan tengahari kami akan membeli makanan ringan di kedai serbaneka “Lawson” yang berdekatan dengan universiti. Kalau ingin membeli barangan bercopkan halal Jakim di Jepun, jawabnya hanya perlu masak dirumah sahaja lah.

lawson yamanashi 2

Aku biasanya membeli roti dan air susu coklat sebagai pelapik perut sehingga waktu makan malam di rumah nanti. Aku pasti di Malaysia, jarang sekali kita melihat kandungan bahan yang diguna dalam satu produk. Asalkan ada logo halal walaupun kadang-kadang logo tersebut hanya tulisan tangan perkataan halal dalam huruf jawi, kita pun beli saja.

halal-approval

Cerita berbeza di Jepun, semua produk yang ingin dibeli perlu dilihat kandungannya terlebih dahulu bagi memastikan tiada bahan- bahan tidak halal dari haiwan atau arak. Pelajar disini sangat “prihatin” dengan apa yang dimakan, mana tidaknya setiap kali membeli mesti membelek belakang bungkusan membaca kandungan bahan.

Berbalik semula kepada cerita tadi, aku sangat suka roti berinti krim keluaran “Lawson”. Sangat sedap rasanya berbeza dengan roti krim di kedai lain dan ia tidak mengandungi bahan-bahan yang tidak halal(melihat kandungan di bungkusan). Sudah menjadi rutin harian waktu tengahari membeli roti krim-150yen dan susu coklat-105yen sehingga beberapa minggu.

roti chocolate 1

Pada satu hari, seorang adik junior menegurku:

“Boleh makan ke roti tu?” katanya dengan nada hairan.
“Boleh,hari itu baca kandungannya OK ja” jawabku tenang.
“Tapi minggu lepas call tanya, diaorang kata ada bahan dari haiwan” tambahnya lagi.
“Ooo.. mungkin susu kot dari haiwan” jelasku.
“Bukan susu tapi lemak dari haiwan ada dalam satu bahan roti itu”
“Oh ye ke………” terkelu aku.
roti chocolate 2
Terus kubuang roti itu tanpa rasa ragu-ragu. Untuk memastikan apa yang dikatakan juniorku itu, aku hubungi talian pelanggan syarikat tersebut. Jawapan yang diterima ialah satu kandungan bahan roti krim  yang berasal dari tumbuhan ditukar ke bahan berasaskan haiwan 2 minggu yang lalu. Pengajaran untukku, lain kali kalau ingin membeli barang apa-apa pun perlulah paling kurang periksa kandungan bahan terutamanya barangan tanpa logo halal. Berhati-hatilah ketika memilih makanan yang akan menjadi darah daging kita.
 Sushi_Bakar