Tips Mendidik Anak Kecil


1396753_10203958837602709_549241053815514704_o

Arish sedang seronok menerokai taman botani di Paris pada cuti musim panas tahun lepas.

Siapa yang tak sayang anak kan? Kalau boleh kita nak jaga anak, tak beri tercalar langsung. Tapi kalau jadi overprotective sangat, anak kita tak akan belajar apa-apa nanti.

Saya sendiri pun baru menjadi ibu, tidak pakar dalam ilmu mendidik anak. Walaubagamanapun, saya banyak belajar setiap hari dari pengalaman membesarkan Arish Ulwa yang bakal berumur 2 tahun April ini , alhamdulillah.

1) Beri peluang anak untuk ‘discover. Memang risau sebab anak kecil lagi tapi kita tolong ‘guide‘ sekali. Contohnya anak nak jalan sendiri sedangkan kita takut dia terjatuh. Beli saja ‘harness‘ dan mereka akan menerokai alam dengan gembiranya

2) Ajar sesuatu perkara dan beri galakan. Contohnya saya ajar Arish untuk salam dan ‘kiss’ lepas solat. Setiap kali dia salam, saya akan tepuk tangan beri galakan. Selepas cium pipi, sy bertepuk tangan juga sambil cakap..”Pandaaaaaaaaaaaaaai, yahoooo” hehe ;p Arish rasa teruja, bertepuk tangan sekali dan kadang-kadang berpusing banyak kali. hehehe.

3) Cakap elok-elok pada anak. Contohnya anak ambil benda dan selalunya kita akan cepat-cepat rampas sebelum benda itu rosak. Mula2 saya begitu juga dan Arish terus menangis. Kemudian, saya tukar cara pula. Dia ambil handset saya dan saya senyum dan hulurkan tangan. “Arish, can you give the telephone to Bonda please?” Tak sangka dia bagi! Masya Allah.

4) Jadilah kreatif  dalam mencipta aktiviti menarik untuk  anak.  Mereka memang sentiasa ‘curious‘ ,sentiasa mahu cuba sesuatu yang baru  dan cepat hilang fokus. Dengan aktiviti yang menarik, anak akan melatih daya imaginasi dan melatihnya untuk berfikir.

Contohnya, ketika saya masak di dapur, sudah pasti Arish pun akan mula ‘menghulurkan bantuan’ juga. Jadi saya akan buka almari periuk di bahagian bawah khas untuk dia bermain ‘chef’. Dia akan teruja dan khusyuk bermain dan ini memberi peluang untuk saya menghabiskan masakan.

Contoh lain: Saya sibuk membuat kerja di hadapan laptop dan ketika itulah dia mahukan perhatian dengan duduk di riba. Jadi saya akan keluarkan kertas, pensel warna dan lain-lain untuknya. Dia duduk di sebelah saya dan gembira membuat aktivkti krafnya.

Ini saja serba sikit pengalaman yang dikongsi. Kawan-kawan ada tips  lain untuk mendidik anak? Jom kongsi! ^_^