Nikmatnya Teh, Penghibur Hati


kazokubanner-makanan

hbRed

 

Bagi masyarakat Turki, teh adalah minuman yang paling kerap dihidang bagi setiap kali majlis rasmi mahupun tidak rasmi. Mengikut carta penggunaan teh di serata dunia, Turki menjadi salah satu negara yang terlaris dalam jualan teh. Dari pagi, tengah hari mahupun malam, masyarakat Turki memang tidak boleh dipisahkan dengan teh. Saya pernah dikhabarkan oleh seorang pekerja Malaysia di sini, di dalam satu syarikat(Syarikat Turki), hampir setiap tingkat bangunan syarikat tersebut mempunyai caycı(disebut cayje) iaitu pembuat teh.

Global-Tea-Consumption-Map

Bagi mereka teh adalah minuman wajib ketika kerja atau bersenang lenang. Mahupun di jalan-jalan kecil di Turki, kedai minum teh akan ada untuk memenuhi permintaan setempat. Kita di Malaysia, warung kopi menjadi tempat melepak masyarakat kampung tapi di sini warung teh yang menjadi pilihan.

Musafir yang berkelana di bumi Uthmaniyah ini tidak akan terlepas dengan hidangan teh yang berkali-kali di rumah masyarakat Turki. Bagi saya yang sudah beberapa tahun di Turki, setiap kali ke rumah orang Turki, perut pasti akan dipenuhi dengan teh. Hatta, bagi satu sesi teh, seorang boleh dihidang minum hingga 3-4 cawan.  Selagi kita tidak menolak, teh akan sentiasa dituang ke cawan kita.

Turkish-Tea

 

Ada satu budaya teh yang saya rasa menarik untuk dikongsi. Dalam ziarah kita ke rumah masyarakat Turki, jika kita sudah tidak mahu teh, dan untuk tidak menyatakan secara berdepan yang kita sudah tidak mahu teh(mungkin lebih beradab), sudu teh yang diberi kepada kita harus ditelingkup terbalik di atas cawan. Simbol sudu terbalik tersebut sudah memberi maksud yang kita sudah tidak mahu teh.

Turkish-Tea1_zps638e7590

Bagi saya dan sahabat yang sudah lama berkelana di negara dua benua ini, teh boleh dikatakan sudah menjadi darah kami. Terlalu banyak teh yang diminum  sehingga ia menjadi minuman harian. Hatta, cara memasak teh juga sudah menjadi syarat bagi sesiapa yang berkelana di bumi Turki. Saya masih ingat perkara yang pertama saya belajar bagi bab masakan adalah cara membuat teh.  Teh turki bukan seperti teh segera di Malaysia, teh mereka harus dimasak berasingan dengan air panas. Teh dimasak pekat melalui wap air dari air yang mendidih di bawah teko.

Walaupun teh turki terasa pahit bagi ramai pelancong Malaysia, bagi saya teh turki adalah terbaik dengan pahitnya. Tanpa pahitnya teh, teh itu seperti tidak sempurna.