Tips Menguasai Bahasa Inggeris


tipsenglish

 

Alhamdulillah Allah beri saya ni’mat untuk menguasai beberapa bahasa. Saya boleh dikatakan dalam peringkat ‘advanced‘ untuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, dan Bahasa Parsi. Manakala saya dalam peringkat ‘beginner‘ untuk Bahasa Korea, Bahasa Turki, dan Bahasa Sepanyol. Di sini saya nak kongsi tips untuk menguasai Bahasa Inggeris tetapi ia boleh dipraktikkan untuk mana-mana bahasa sebenarnya. Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk, cuma saya rasa kedekut pula jika tidak berkongsi lebih-lebih lagi dah ramai yang bertanyakan tips.

Tips Menguasai Bahasa Inggeris (atau mana-mana bahasa):

1) Sematkan dalam diri bahawa ‘Learning Language is Fun’. Kalau dari awal-awal lagi dah rasa benci atau susah giler, memang agak payah untuk mempelajari sesuatu. Jadikan proses belajar bahasa itu menyeronokkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik.

2) Tengok filem atau drama Inggeris dengan SUBTITLE INGGERIS. Dalam masa yang sama, kita akan belajar membaca, mendengar, dan bercakap.

3) Dengar radio/lagu/ceramah dalam bahasa inggeris. Kita akan berlatih mendengar dan cara bercakap. Percayalah apa yang kita belajar dalam buku memang berbeza dengan apa yang kita dengar dalam dunia realiti.

4) Banyakkan membaca. Tak kisah la baca buku akademik atau buku santai. JANGAN MALU untuk baca buku kanak-kanak. Kalau tak faham, garis saja perkataan tu. Nanti dah habis baru cari makna perkataan. Kalau asyik berhenti baca untuk cari makna, mungkin akan hilang mood untuk membaca. Sebelum cari makna dalam kamus, cuba teka makna perkataan tu. Boleh kita semak samada betul atau tidak. Jadi macam kuiz.😀

5) BERLATIH BERCAKAP. Tak kisahlah jika bercakap broken english. Yang penting berlatih bercakap. JANGAN MALU untuk membuat kesalahan. Dari situ kita akan belajar dengan cepat. Biarkan saja kalau ada yang cakap ‘perasan omputih ke, berlagak giler ke, macam poyo ke’. Yang penting kita berlatih untuk memantapkan ilmu bahasa kita. Allah suka kalau kita sentiasa memantapkan diri dengan ilmu kan?

6) Perbanyakkan kosa kata (vocabulary) dengan menyimpan satu buku nota khas ataupun download saja apps di telefon. Jangan kata nak hafal, automatik kita akan rasa susah. Cuba selalu-selalu tengok untuk semak perkataan, jadikan ia amalan santai macam kita saja-saja semak newsfeed di FB. Bila dah selalu tengok, automatik kita akan ingat, insya Allah.

7) Berlatih menulis. Tulis apa-apa saja dalam Inggeris. Tulis esei ke, diari ke, status FB ke, apa-apa saja. Kalau nak motivasikan diri, boleh juga buat blog untuk coretan dalam BI. Bila tengok hasil tulisan sendiri, boleh rasa semangat untuk terus menulis.

Ok setakat sini dulu perkongsian tips. Insya Allah saya akan kongsi tips lagi pada masa akan datang.

Remember, language is a weapon. Take care friends!