Aku, BR dan Merah Jambu


kazokubanner-makanan

 

AIMBblue

 

Assalamualaikum semua.

Ok first time tulis ni, hehe… AIMB memang tak suka menulis tapi apakan daya, telah dipaksa oleh kuasa besar yang pernah memenangi sebuah kereta Peugeot. Siapakah kita untuk melawan beliau? Wakakaka… Ok, nak tanye, pernah tak dengar perempuan yang tak suka warna merah jambu? Haaa… AIMB ialah perempuan yang tak suka warna merah jambu. Bukan tak suka biasa-biasa je tau. Memang tak suka gila yang sampai sekarang walaupun dah nak masuk 6 tahun kat Korea, AIMB tak pernah sekali pun masuk Etude House. Korang tau kan Etude House? Famous cosmetic shop kat Korea yang dah buka beberapa kedai kat Malaysia.

SONY DSC

AIMB tak tau kenapa AIMB tak suka merah jambu, bagi AIMB tu warna perempuan. Ya, AIMB memang perempuan tapi nak buat macam mana, dah AIMB tak suka. Dia sama macam kat Kisas dulu, kalau AIMB dengan kawan-kawan AIMB dengar mana-mana budak perempuan makan Maggi Kari kitorang mesti cakap, “Eeeee…makan megi perempuan”. Haha, kitorang bajet gentleman kot. Kedai Pink kat Korea yang AIMB pernah termasuk dan terpaksa masuk, maybe for the first and the last time ever, ialah Hello Kitty Café.

Hello_Kitty_cafe_Hongdae

Mak ai, kedai tu memang semua pink, dari pintu, cawan, kerusi, meja, pintu tandas dan semuanyalah berwarna pink. AIMB ingat lagi, masa AIMB pergi tu AIMB temankan member yang datang bercuti kat Korea. So, macam nak tak nak, kena la teman masuk dalam sebab member AIMB ni tak pandai cakap Bahasa Korea. Sekali masuk dalam café tu, semua yang masuk café tu wajib order at least satu minuman. Dahlah harga mahal, cashier tu boleh cakap English plak. Menyesal AIMB masuk, huh.

Anyway, bukan nak cerita pasal kedai pink pun sebab kali ni kan temanya makanan. So, nak cerita pasal satu kedai makanan yang berwarna pink yang dalam sebulan hampir 10 kali AIMB masuk dan tak rasa apa-apa pun, haha. Kedai tu kedai Baskin Robbin.

baskinrobbins

Siapa tak suka makan ais-krim? Semua orang suka ais-krim kan? Ok, mungkin Ross dalam Friends series tak suka ais-krim sebab die cakap “its too cold”. Tapi sedap kot, perasa macam-macam. Harga pun walaupun mahal, tak terasa mahal. Kat sini, ais-krim BR yang paling besar lebih kurang dalam 20 000won. Adelah dalam RM60, tapi kenapa kitorang beli jugak? Sebab 20 000won bagi kitorang same mcam 20 ringgit, hehe. Memang selalu la, kitorang yang kat Korea ni beli BR. Kalau usrah ke, lepak dengan kawan-kawan ke, sambut birthday kawan ke atau sambut apa-apa yang pelik(seperti sambutan selepas jumpa jam yang hilang) mesti kitorang pergi makan BR. AIMB plak, kalau ada je tawaran diskaun untuk ais-krim BR memang serbu cepat-cepat.BR

Korang tau tak yang lambang BR tu sebenarnya yang warna pink tu bentuk 31. Sebab tu jugaklah setiap 31 haribulan, kalau ada kad CJ, memang dapat beli ais-krim BR yang paling besar dengan separuh harga. Jadi memang kitorang akan dating setiap 31 haribulan,hehe. Kadang-kadang ada promosi, beli ais-krim lebih daripada 7000 won dapat kupon untuk beli ais-krim yang lebih mahal. Perasa ais-krim yang paling AIMB suka ialah Almond BonBon. Tak tau kenapa, kalau boleh, beli bekas paling besar, walaupun boleh pilih perisa sampai 6 jenis pun, AIMB memang nak perisa tu saje,hehe.

Tapi kalau kat Malaysia, setiap kali singgah kawasan rehat Sungai Buloh, mesti jenguk-jenguk jugak tengok BR kat situ. Serious tak de orang, senyap sunyi je… Mahal sangat kot, yela satu kon ais-krim sampai RM10, bape kerat jela yang beli… Kalau BR kat tempat-tempat mewah macam KLCC ke, Mid Valley ke(entah ade entah tidak), mungkinlah ramai orang kan, sebab tempat orang-orang kaya pergi, mesti diorang mampu beli beribu-ribu ais-krim BR.

Setiap kali musim panas ataupun musim sejuk mesti ada produk baru yang dikeluarkan oleh BR Korea. Tahun ni punya produk, ais-krim mangga. Sedep giler. AIMB ngan hasben beli satu mangkuk besar perisa tu je, simpan dalam peti ais. Tetapi akhirnya ais-krim itu dihabiskan oleh encik hasben, memang faveret die tuh. Kalau makan ais-krim BR ni, AIMB memang suka perisa yang berasaskan kacang macam Almond dan Pistachio, atau ais-krim yogurt, tapi encik hasben suka perisa buah-buahan macam strawberry, blueberry, cherry dan pomegranate. So, kalau beli saiz besar boleh pilih sampai 6 perisakan, jadi sorang pilih 3 perisa. Ade jugak dulu masa kawan-kawan AIMB belum balik Msia for good, setiap kali kitorang makan ais-krim, ade 3 orang yang perlu dielakkan daripada makan ais-krim bersama, sebab diorang ni suka makan perasa GreenTea. Oh, sama macam pemaksa menulis artikel ni dan hasbennya. Mereka penggemar tegar GreenTea. Kitorang semua tak suka GreenTea sampai menyarankan 3 orang tu untuk menubuhkan persatuan penggemar-penggemar GreenTea, berpresidenkan ibu si Toddler di London. Wuahahahaha~

“Kitorang rase BR ni sangat mahal, sebab tu kitorang jarang makan sini” mengaku someone close to AIMB mase kitorang makan ais-krim sama2 kt BR. Eh, pelik, murah kot banding kat Malaysia. Pastu, die pun explain, lelaki makan ais-krim bukan macam perempuan, suap sikit-sikit masuk mulut. Budak lelaki suap ais-krim pakai sudu pink yang kecik tu pun, boleh nampak macam pakai senduk nasi, jadi AIMB memang pahamlah, yang orang lelaki ni kuat makan, daripada membazir duit kat sesuatu yang less kenyang, baik habiskan duit ke Samgak Kimbap ataupun Tteokpokgi yang jauh lebih murah dan sedap.

Banyak artis Korea yang terpilih untuk menjadi duta BR. Sekarang yang tengah hangat mempromosikan BR ialah girl group namanya Orange Caramel, dan lagunya bertajuk Abing Abing. Sangat sesuailah, nama pun Orange Caramel. Tipikal Korean yang manja-manja gedik, mampu memikat hati si teruna untuk membeli ais-krim BR. Sila jangan google video itu. Lagu ni siap ade tarian lagi, walaupun liriknya tentang ais-krim. Cerita pasal perempuan-perempuan ni panas sangat masa summer kat Korea dan diorang tu keliru nak pilih ais-krim perisa apa.

abing-800x450

Ok, sampai sini jela celoteh kali ni. Sapa-sapa yang nak datang Korea, contact AIMB seminggu awal, boleh kita pergi makan BR sama-sama. Contact masa dah nak fly balik pun boleh, kita makan BR kat International Incheon Airport, Second Level yang Departure tu. Ada BR satu kat situ, ahah!

Oleh, Autumn In My Belly.