Projek Ceritera Keluarga @ Kazoku No Hanashi \^0^/


Assalamualaikum!šŸ˜€

Saya merupakan kakak sulung kepada 6 orang adik beradik yang berada di pelbagai negara. Betapa sukarnya untuk kami bersua muka, jadi hanya teknologi yang menjadi penghubung kami. Teringat kata-kata ayah yang selalu diulang setiap kali kami berkelahi ketika kecil dulu, “Lama kita bersama, lama lagi kita berpisah’. Memang benar, lama kami membesar bersama di satu rumah, lama lagi kami berpisah untuk membawa haluan masing-masing.

Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan ni’mat kembara luar negara untuk menuntut ilmu buat kami adik beradik. Saya rasa sayang pula jika tidak berkongsi pengalaman dan peristiwa dengan yang lain lebih-lebih lagi lokasi kami semua berbeza. Allah telah beri kami peluang kembara ini, maka kini tugas kami pula untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan semua, dengan harapan semoga ia memberi manfaat atau inspirasi pada kawan-kawan.

Sebagai kakak sulung, saya utarakan cadangan projek ‘Ceritera Keluarga‘ pada Ā anak menantu Bukhari Lubis dan saya juga sukarela untuk menguruskannya. Semua bersetuju tetapi alahai susahnya ‘memeras ugut’ mereka untuk menulis. Hehe~ Saya kerap memberi amaran dalam kumpulan whatsapp keluarga sehingga mereka naik rimas ;p

Mari saya terangkan serba sikit projek ‘Ceritera Keluarga‘ ini. Pada setiap pusingan, satu tema khas akan ditetapkan dan semua penulis akan menghasilkan karya berdasarkan tema mengikut kreativiti masing-masing. Contohnya jika temanya adalah sekolah, maka semua perlu berkarya apa saja asalkan ada kaitan dengan sekolah. Dengar macam mudah tetapi liatnya mereka nak siapkan satu karyaaaaaaaa! Berbuih mulut along ni ha!

Dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan projek ‘Ceritera Keluarga‘ atau ‘Kazoku no Hanashi‘ (bahasa Jepun).

kazokubanner

 

Insya Allah ia akan diterbitkan di blog ini pada setiap hari Sabtu.Ā Masing-masing mempunyai nama pena dan gaya penulisannya yang tersendiri tau. Di sini saya perkenalkan barisan penulis untuk projek ‘Ceritera Keluarga‘ ini. Ada yang boleh teka nama pena ini milik siapa? Hehe~

sushibakarhmmsmoghanyojatabibmasryaimbhbsuperbonda

mummyz

 

Kita jumpa Sabtu depan, insya Allah dengan pusingan cerita yang pertama! ^_^