Tips Mengurangkan Ketagihan Telefon Pintar


smartphone

 

Assalamualaikum,

Zaman sekarang hampir semua orang ada telefon pintar kan? Siapa yang tak ada telefon pintar, angkat tangan! Tak ramai kan?

Telefon pintar memang bagus kerana ia memudahkan kerja. Tapi…berhati-hati supaya tidak ketagihan pula. Kadang-kadang ketagihan sampai kita lupa tentang prioriti lain. Ada yang habis saja solat, terus check telefon. Ada yang tak bercakap sesama sendiri kerana sibuk membelek telefon. Oh sedihnya~

Di sini saya kongsikan serba sikit tips yang saya dapat untuk mengurangkan ketagihan telefon pintar. Saya terjemah dan olah sikit untuk bacaan semua. Semoga bermanfaat!

1) Padamkan ‘Personal Notification.’ Kita tidak perlu tahu tentang semua update yang berlaku sebenarnya.

2) SABAR. Tak perlu terburu-buru untuk membalas segala emel, mesej, komen FB/twitter/instagram pada waktu itu juga. They can wait, do your work first. Tapi, kalau ada perkara yang betul-betul mustahak, jangan pula lambatkan.

3) Tinggalkan telefon di bilik lain.Kita sebenarnya tak perlu update live tentang segalanya. Sekurang-kurangnya tinggalkan telefon di tempat lain 2 jam setiap malam.

4) Jangan capai telefon sebaik saja bangun tidur. Tahan diri sekurang-kurangnya utk 30 minit selepas bangun tidur. Buat benda lain dulu, dah siap, baru laaaa bukak emel ke apa ke.

5) Main ‘SMARTPHONE GATHERING’. Bila makan/duduk dengan kawan2, kumpulkan telefon di satu tempat@tengah2 meja. Kemudian borak2 la sesama sndiri. Orang pertama yang capai telefon kena bayar bil makan@belanja semua orang. Hahaha! Baru tau ;p Masa tulah kita dapat hargai ‘live chat’ dan percayalah ia dapat merapatkan lagi hubungan.

6) Jangan jadi invisible. Memang bagus kalau kita ambil gambar sebagai kenangan tapi tak perlu upload waktu tu juga. Memang bagus kalau kita nak cek status2 berilmu di FB tapi tak perlu baca waktu tu juga. Apabila ada teman, jangan jadi invisible dan melayan telefon saja. Remember, this is your life, and it’s so much more rewarding to be present with the people you care about.

Jom berubah ke arah kebaikan!😀