Makmal Masakan 2 : Homemade Sushi


Assalamualaikum~ ^_^

Saya dan suami sangat sukakan sushi. Secara umumnya, saya gemarkan makanan oriental manakala suami pula ‘kaki belasah’ penggemar tegar sushi ketika dia belajar di Jepun selama 4 tahun dahulu. Katanya sushi di Jepun sangat murah, setiap kali dia berkunjung ke kedai sushi, dia akan makan sekurang-kurangnya 10 pinggan sushi (berisi 2 sushi setiap satu) berharga 100 yen setiap pinggan.

Ketika di Malaysia dulu, kami rajin juga makan di Sushi King. Di London, sushi agak mahal dan kebanyakan kedai sushi menghidangkan ba alif ba ya pula. Hanya satu kedai sushi (free from ba alif ba ya) yang kami singgah di London iaitu Wasabi, kedai sushi berkonsepkan ‘sushi segera’. Caranya pilih makanan di tempat ‘pameran’, ambil dan bawa ke kaunter bayaran. Di kaunter, mereka akan isikan sup untuk makanan yang memerlukan sup.Boleh tahan jugalah harganya tapi teringin punya pasal, kami beli dan makan serba sedikit.

wasabi-sushi-and-bento

wasabi-victoria-station

Pada hari Ahad lepas, cik abe kempunan sushi dan bercadang untuk membuat sushi sendiri. Kecil tapak tangan, stadium nyiru saya tadahkan! Oh semestinya saya bersetuju! Kami pun pergi ke Morisson untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan. Sebenarnya sangat mudah membuat sushi asalkan semua bahan ada. Ada satu bahagian khas di Morisson yang menyediakan bahan khas untuk sushi. Apalagi? Kami ambil semua bahan dari jenama yang sama dan terus membayarnya.

Bahan-bahan untuk nasi sushi

sushi1

  • Beras khas untuk sushi

sushi2

  • Cuka beras
  • Gula
  • Garam

Bahan-bahan untuk inti

  • Jejari ketam? yang sedia dimakan (crabstick) ;p
  • Udang yang sedia dimakan

sushi3

  • Timun
  • Avocado

sushi4

  • Telur dadar kosong

Alatan

sushi5

  • Penggulung buluh sushi

Sos cicah (campurkan semua serba sikit)

  • Kicap masin
  • Kicap manis

sushi6

  • Wasabi

Cara-cara:

  1. Masak 250 gram beras sushi seperti memasak nasi biasa.
  2. Setelah masak, biarkan ia sejuk sebentar.
  3. Setelah sejuk, campurkan 3 sudu besar cuka beras, 2 sudu besar gula dan sedikit garam ke dalam nasi sushi.
  4. Kacau sehingga sebati.

Siap!

Sekarang masa untuk susun inti. Macam-macam versi sushi boleh dibuat. Ikut kekreatifan dan selera sendiri.

sushi7

Cik abe dalam proses menepekkan nasi sushi.

sushi8

Cara menggulung sushi.

  1. Bentangkan penggulung buluh.
  2. Letakkan rumpai laut.
  3. Ratakan nasi sushi di atas rumpai laut.
  4. Letak inti satu baris sahaja.
  5. Gulung.
  6. Potong guna pisau yang tajam dan basah.

Kami buat 3 initi:

  1. Timun + avokado + jejari ketam
  2. Timun + avokado + udang
  3. Timun + avokado + telur

sushi9

Hambik! Sedulang sushi buatan tangan.Tak mengapa jika buruk di mata, asalkan sedap di perut. Maaflah, tangan ini tidak berkemahiran memotong sushi. Hehe~ Puas juga makan sedulang sushi, jika dibeli di kedai mahu juga sampai 20++ GBP bagi sushi sedulang ini.

Alhamdulillah. Jemput makan ye.