‘Tetamu’ dari Gereja


Tersebutlah kisah rumah saya di London ni berdekatan dengan sebuah gereja kecil. Maka selalu juga dapat ‘pamphlet‘ di rumah dan ada juga yang mengetuk pintu untuk menyampaikan ajaran Kristian tapi rasanya mazhab lain iaitu Jehovah Witness.

jehovah

Itu dia gereja kecil yang terletak di lorong belakang rumah saya.

 

Saya selama ni memang takut nak berbincang bab agama dengan orang bukan Islam. Tapi bila fikir balik, sampai bila nak lari? Dok asyik ketuk pintu rumah je. Lagipun saya tak mahu orang lain buat benda yang sama kalau kumpulan tabligh Islam pergi berdakwah. Jadi saya pun buka pintu dan dengar apa yang dikata. Dalam hati tu, memang takut dan baca macam-macam ayat dan doa. hehe

Cara dakwahnya lembut, sentiasa senyum dan dia ajak berbincang. Apa yang saya faham, dia nak kata yang tuhan nak keamanan dan kemakmuran pada hamba-Nya tapi sekarang banyak peperangan, kematian, penyakit yang terjadi. Ok…yang tu betul. Saya tambah pula:

“Dunia ni memang penuh dengan kerosakan tapi itu akibat perbuatan manusia. Tapi itu semua bukan bermaksud kita tak disayangi tuhan. Perkara tidak molek yang berlaku adakalanya balasan dan ada juga ujian. BErgantung pada cara kita untuk menerima ujian yang diberikan. Kalau lemah, mungkin boleh bunuh diri. Kalau kuat imannya, dia berusaha, sabar dan go on.”

Dia kata sambil tunjuk kitabnya:

Tapi tuhan tak akan menguji kita sebab dia sayangkan kita“.

Aik? Pulak? Saya bagi analogi:

Ujian atau kesusahan tak bermaksud kita dibenci atau tak disayangi. Saya bagi contoh paling mudah, dalam kelas yang ada ramai murid. Cikgu nak uji tahap kefahaman murid2 dengan apa? Tentunya dengan ujian. Memang pelajar akan sengsara tak tidur malam, kena berjaga baca buku, macam2 latihan kena buat tapi itu tak bermaksud cikgu membenci pelajar.

Dia terdiam dan tukar topik Adam Hawa pula.

Tuhan ciptakan Adam Hawa di Bumi yang aman damai dan suruh mereka membiak dan menjaga dunia”

Dalam hati saya: Oh ni mesti nak cakap pasal ujian, kesusahan lagi ni.

Saya pun cakap:

Oh itu versi awak ye? Nak dengar versi saya? Adam Hawa mulanya duduk syurga tapi bila dah termakan buah larangan, Allah hantar mereka ke dunia.”

Dia:

Eh tapi tuhan dari awal-awal lagi buat dan letak Adam Hawa di dunia!

Saya tersenyum:

Itu yang awak baca dari versi awak dalam kitab awak. Saya pun baca dari kitab saya.”

Perbincangan terhenti sebab si kecil merengek.

Mmmm…pengalaman pertama yang menarik sebab dapat berbincang bab agama dengan non-Muslim. Saya akui banyak yang saya tak tau. Ada sesiapa boleh kongsi link atau apa2 bahan bacaan supaya saya boleh lebih bersiap sedia ‘menangkis’ hujah mereka? Hehe