Surat Cinta Buat Adik-Adik Kpopku


kpop_logos_wallpaper_by_tplt95-d5isjx3

*Sesetengah istilah yang digunakan akan difahami oleh peminat kpop sahaja.

Assalamualaikum,

Annyonghaseyo~ (percubaan aegyo yang tidak menjadi)

Sekarang panas dengan berita aksi peminat kpop ketika persembahan B1A4 di Kuala Lumpur baru-baru ini. Saya dapat tahu tentangnya melalui Facebook apabila ramai yang kongsikannya. Melihat video yang dipaparkan, saya menggelengkan kepala dengan hati yang terasa bengkak. Rasa sedih bertimpa-timpa. Oh come on girls! You don’t need to go this far!

Saya juga melayan kpop walaupun tidak setegar dulu. Kini saya tidak up-to-date sangat mengenai dunia kpop tetapi saya tetap meminati Akdong Musician dan IU. Dulu saya begitu sukakan 2ne1, tetapi mungkin kerana perubahan usia, saya lebih sukakan muzik yang lebih lembut sekarang.

Jika tidak silap, saya mula ‘masuk’ ke dunia kpop ketika berada di Amerika. Hampir setiap hari saya menjenguk allkpop untuk mengetahui perkembangan semasa. Betapa saya meminati kpop sehingga saya juga menjadi salah seorang blogger untuk sebuah laman web hiburan korea berbahasa inggeris yang lain. Mula-mula rasa ‘bertuah’ kerana kita antara yang pertama mendapat berita kpop. Memang berita yang masuk sangat laju kerana dunia kpop cepat berubah. Artikel yang diterjemahkan dari bahasa korea diberikan pada para penulis dan kami akan terus mengarang artikel berdasarkan terjemahan tersebut. Para editor akan menyemak artikel tersebut dan terus memaparkannya di laman web.

Saya hanya sempat bekerja  lebih kurang 2 minggu tetapi tiba-tiba saya terasa ‘kosong’. Apa yang aku dapat daripada semua ini? Kenapa perlu bekerja kuat dalam dunia kpop yang sentiasa sibuk ini? TIba-tiba rasa membuang masa sangat-sangat. Memang saya dapat berlatih menulis artikel bahasa inggeris dan bekerjasama dengan para blogger antarabangsa yang lain tetapi ia rasa tidak berbaloi. Banyak lagi cara lain untuk saya berlatih bahasa inggeris.

Saya faham kenapa kpop diminati: lagu yang catchy, gerak tarian yang menarik, rupa paras yang menawan dan fesyen yang cantik. Memang tidak dinafikan manusia sukakan hiburan tapi kita kena berpada-pada dalam berhibur. Kita orang yang beragama, ada halatuju, matlamat, visi, misi dalam kehidupan. Jadi sepatutnya kita kena jadi ‘bijak’ dalam meminati hiburan. Having a crush is okay but being obsessed until we forget our dignity is actually a sickness.

Tidak perlulah kita menzahirkan minat seperti peminat kpop lain yang tidak beragama atau beragama lain. Mereka memandang artis kpop sebagai idola yang dipuja-puja malah ada yang terlalu fanatik sehingga menjadi peminat saesang. Ada juga yang sampai sanggup membunuh diriOh sedihnya! Mereka dahagakan panduan dalam kehidupan tetapi sayangnya tersilap memilih. Kita ada Islam, beruntung kerana ada panduan dalam kehidupan, jadi kenapa pula kita perlu memilih panduan yang salah?

Minat macam mana sekali pun, fikirlah dua, tiga kali sebelum bertindak. Adakah tindakan sekarang akan mengundang malu? Mungkin ada yang kata,”Kecoh je! Bukannya buat apa pun! Peluk je!”

Oh no adikku! Please respect yourself. Jangan beri sesiapa yang bukan mahram menyentuhmu walau world star mana pun. You are too precious, make yourself exclusive please. Tak berbaloi rasa excited dipeluk artis kpop. Dia hanya buat untuk fan-service saja. Awak pula dapat dosa dan aib! Jika tidak rasa malu pun sekarang, kasihanilah mak ayah.

Oleh itu wahai Blackjacks, Cassiopeias, IUNAs, Clouds, Hottests, V.I.Ps, Sones, Kamilias, E.L.Fs,Shawols dan semua yang seangkatan dengannya (Maaf saya hanya sebut sikit saja. Tak larat nak sebut semua) jom jaga akhlak dan jadi berpada-pada dalam fandom. Tidak perlu diagung-agungkan sangat artis kpop sehingga kita lupa pada agama dan bangsa kita. Jangan lupa yang mereka pun manusia biasa  yang makan, minum, tidur dan akan mati juga suatu hari nanti. Sebagaimana tragedi maut yang menimpa Ladies’ Code, yang lain pun akan pergi juga kelak. Hanya cepat dan lambat saja. Dan yang paling penting, jangan lupa yang kita juga akan pergi suatu hari nanti, jadi kita perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam memilih prioriti dalam hidup.

Daripada kita habiskan banyak masa, tenaga, perasaan untuk artis kpop, lebih baik kita salurkan ia untuk perkara yang membawa manfaat untuk kita. Cuba lihat, artis kpop sendiri tidak membuang masa dalam mengejar misi dan cita-cita mereka. Berusaha mati-matian untuk dipilih oleh syarikat muzik. Jika beruntung, dapat masuk ke syarikat gergasi seperti YG, JYP, SM dan lain-lain. Kemudian kena berusaha gila-gila lagi sebelum debut. Mereka begitu sibuk dan berdedikasi dalam mengejar cita-cita, kenapa pula kita terlebih leka sehingga lupa cita-cita kita?

Ingat ye adik-adikku, kpop adalah satu genre muzik yang kita minati, bukannya cara atau matlamat hidup. Jangan letak status peminat kpop lebih atas daripada status kita sebagai orang Islam Malaysia. Let’s choose wisely.

Take care dearies.

Sarangeyo~❤