Pertandingan Poster Dakwah de Facebook 3


Assalamualaikum semua!

PD3-2b

Wah, sudah lama saya menyepikan diri daripada blog ini! Kini telah tiba masanya untuk kembali aktif, insya Allah. Pertandingan Poster kembali lagi buat kali ketiga!!! Setelah sekian lama, pertandingan ini kembali dengan tema baru iaitu DOA. Tujuan utama pertandingan ini diadakan ialah menggalakkan semua untuk berdakwah secara santai dan kreatif. Harapnya ramai akan menyertai pertandingan ini untuk sama-sama kita berebut pahala. Cuba bayangkan kalau ada seorang yang membaca doa setelah melihat poster anda, anda akan dapat pahala. Kalau 20 orang? 100 orang? 2000 orang? Masya Allah, banyaknya pahala terkumpul!

Inilah masanya untuk kita melihat kreativiti anak muda Islam, generasi yang bakal menggegarkan negara dan dunia Islam secara umumnya, insya Allah. Memandangkan pertandingan ini inisiatif daripada laman rasmi UP Firuz, hadiahnya tidaklah terlalu lumayan.  Harapnya para peserta akan melihat betapa banyak ganjaran pahala yang akan diperoleh apabila poster dakwah mereka dibaca dan menyentuh hati orang ramai. Mari melabur untuk saham pahala ^_^

Hadiah pertandingan merupakan produk tajaan Hijab Saleha dan Satumakna4u Collectiion serta wang tunai.

Tempat Pertama: RM150 + produk Hijab Saleha + Satumakna4u Collection

Tempat Kedua:  RM100 + produk Hijab Saleha + Satumakna4u Collection

Tempat Ketiga: RM50 + produk Hijab Saleha + Satumakna4u Collection

Saguhati : produk Hijab Saleha

Mari kita baca syarat penyertaan pertandingan poster ini. Jom!

1.Pertandingan Poster Dakwah de Facebook 3 (Dakwah Santai Kreatif) ini terbuka kepada semua orang tidak kira di negara mana pun anda berada.

2. Tiada had untuk bilangan penyertaan.

3.  Penyertaan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.

4. Setiap penyertaan boleh dihantar ke emel: upfiruzcontest@gmail.com dengan subjek: [DSK 3: Nama anda]. Poster kemudiannya akan dimuatnaik ke album khas di laman rasmi Ustazah Pilihan Firuz di facebook.

5. Poster akan dinilai oleh Ustazah Pilihan Firuz dan juri-juri jemputan. Sebanyak 10 peratus akan dikira berdasarkan bilangan klik ‘like’ dan markah selebihnya  akan dikira berdasarkan markah oleh para juri.

6. Pertandingan akan berlangsung pada 15-31 Disember 2013.

7.Kriteria poster:

a) Karya hendaklah asli dan segar. Tidak boleh diciplak. Kalau mengambil inspirasi, itu boleh diterima.

b) Poster mestilah bertemakan doa. Terpulang kepada kreativiti sendiri untuk menyampaikan mesej doa. Tidak semestinya panjang lebar, tidak semestinya perlu ada ayat quran dan hadis. Kalau tulis “Kawan2 dah berdoa belum hari ni?” , ini pun dianggap poster bertemakan doa.Think out of the box, be creative. Ayat dalam poster tersebut boleh ditulis dalam apa jua bahasa.

c) Untuk memastikan kualiti poster yang baik dan cantik, poster boleh dipilih daripada saiz berikut : (1024 x 576), (1280×720), (1792×1008), (2560×1440)

d) Boleh menggunakan konsep apa saja dalam penghasilan poster seperti penggunaan perisian komputer, gambar yang diambil dari kamera, kolaj dan sebagainya. Be creative!

e) Penghantaran poster tidak boleh ditarik balik. Apabila dihantar, pihak penganjur akan menggunakannya untuk promosi pertandingan dan aktiviti dakwah masa hadapan.

f) Setiap penyertaan poster, perlu ada tagline ‘Dakwah Santai Kreatif’ dan tulisan ‘Penaja: Hijab Saleha & Satumakna4u Collection’. Terpulang pada anda untuk menentukan kedudukan, saiz, bentuk, warna tulisan tersebut asalkan tagline dan nama penaja itu perlu ada pada setiap poster. Ketiadaan tagline dan nama penaja dianggap tidak menepati syarat penerimaan pertandingan.

Selamat mencuba!

Jangan lupa beritahu kawan-kawan lain ye? Selamat menjana pahala! ^_^