Untukmu Lelaki…


Assalamualaikum

Sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, UKM,  saya perlu mengajar kuliah dan tutorial. Anak-anak murid saya pun macam adik-adik saya. Jadi saya boleh agak bagaimana citarasa dan ‘style’ mereka dalam proses belajar. Kalau skema je, mesti la mereka rasa bosan kan? ;p

Saya juga suka mencungkil bakat orang muda ni. Kadang-kadang mereka sendiri tidak sedar bakat masing-masing kerana tidak pernah mencuba. Jadi untuk salah satu tugasan kelas, saya suruh semua menulis artikel untuk Majalah JOM. Saya memilih Majalah JOM kerana ia satu majalah dakwah yang santai dan kreatif serta mereka meraikan penulis-penulis baru.

Oleh sebab saya mewajibkan kerja artikel ini, anak-anak murid saya ‘terpaksa’ menghantar artikel ke Majalah JOM. Kalau tak, tak dapat markah. Hehehe~ Maka, Majalah JOM pun mendapat artikel bertubi-tubi daripada pelajar saya lebih kurang seramai  95 orang.

Terpilih atau tidak, itu nombor 10. Yang penting pelajar saya telah membuat perkara yang bermanfaat. Saya fikir, bagus juga saya paparkan artikel pelajar saya untuk tatapan dan bacaan orang ramai. Sekurang-kurangnya mereka mendapat pahala berdakwah menerusi penulisan.

Kali ini saya berkongsi artikel pelajar saya berjudul UNTUKMU LELAKI…. Selamat membaca!😀

153-23-02-07-9-49-27

Hasil Nukilan: Norashikin Nawi, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM

UNTUKMU LELAKI

Lelaki, siapakah wanita pilihanmu?

Pilihan isterimu adalah untukmu . . .

Kebanyakkan artikel kini adalah mengenai tips untuk hawa, jarang sekali kita dengar tips untuk adam. Kali ini saya akan bagi tips bagi pihak lelaki pula.

Rasulullah saw berpesan kepada kaum adam bahawa:

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.

  • Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
  • Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
  • Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
  • Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
  • Wanita Basaqah : ada 2 makna:
  1. Pertama: Wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
  2. Kedua:  Dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
  • Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Sekarang anda sudah tahu wanita pilihan anda. Jadi pilihlah wanita yang tiada di dalam senarai ini, untuk menemanmu sehingga akhir hayat. Kerana kita tidak tahu jodoh kita sampai bila. Semoga Allah melindungi kalian semua. Assalamualaikum.