Keputusan Pertandingan Video Dakwah de Facebook


Assalamualaikum para sahabat yang dimuliakan Allah! Apa khabar semua? Selamat menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga kita semua mendapat 1001 keberkatan Ramadhan ini, insya Allah.

Maaf dipinta kerana keterlewatan untuk  mengumumkan hal pertandingan ini. Pelbagai perkara yang melanda saya beberapa bulan kebelakangan ini (urusan perkahwinan sendiri, dll) maka saya tidak dapat memberi komitmen yang sepatutnya. Sekarang alhamdulillah, everything is falling into places, so I’m on the track again! ^o^

Jazakumullahu khairan kathira pada semua peserta mantap Pertandingan Video Dakwah de Facebook ini. Semoga video kreatif kalian akan terus menjana pahala apabila ditonton orang ramai.😀

Jazakumullahu khairan kathira juga buat para juri yang bertungkus lumus menonton video satu persatu dan membuat penilaian. Setinggi-tinggi penghargaan kepada:

1- Saudari Nur Shahidat, Chief Marketing Officer di One Heart Creative Solution.

2 – Ustazah Pilihan Nina yang juga pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa

3 – Team Videographer yang profesional dan mantap dari Style-Weddings

4 – Saudara Aiman Azlan, vlogger Malaysia yang terkenal dengan video dakwahnya yang santai dan menarik.

Sebenarnya saya dah letakkan keputusan pertandingan video ini di Facebook minggu lepas tetapi saya tak berkesempatan untuk membuat pengumuman. Pada mereka yang rajin membelek page saya, mungkin mereka menyedari keputusan tersebut hehe ;p

Baiklah dengan ucapan mulia, Bismillahirrahmanirrahim, di saya saya mengumumkan para pemenang untuk Pertandingan Video Dakwah de Facebook. Sila rujuk link ini:

Keputusan Penuh Pertandingan Video Dakwah de Facebook.

Mabruk! Tahniah ye! Teruskan perjuangan anda dalam berdakwah. Insya Allah saya akan adakan banyak lagi pertandingan untuk meraikan bakat kawan-kawan dalam berdakwah🙂

Sebagai tanda mohon maaf daripada saya kerana keterlewatan dalam menguruskan hal pertandingan ini, saya bercadang untuk memberi sedikit cenderahati kepada semua peserta pertandingan ini.😀 Kiranya mereka yang tak dapat 3 tempat teratas pun akan dapat cenderahati tetapi awal-awal saya mohon maaf kerana cenderahati bukanlah benda mahal. Sekadar ingatan tulus ikhlas dan tanda persahabatan serta terima kasih daripada saya. Harapnya sudi menerima hadiah tidak seberapa daripada saya..hehe

Untuk pemenang tempat pertama hingga ketiga, sila hantar maklumat anda iaitu nama penuh, alamat, nombor telefon, keputusan video anda dan nombor akaun bank ke emel upfiruz@gmail.com

Untuk mereka yang mendapat tempat keempat sehingga tempat ketiga puluh satu, sila hantar maklumat anda iaitu nama penuh, alamat dan nombor telefon ke emel upfiruz@gmail.com

Terima kasih sekali lagi pada semua. Semoga usaha kita diberkati Allah. Jumpa lagi pada post akan datang.

Selamat melipatgandakan amalan! ^_^