Pertandingan Poster Dakwah de Facebook Edisi 2


Image

Assalamualaikum sahabat yang diberkati Allah sekelian! Lama tak dengar cerita kan? Maaf ye. Terlalu banyak benda yang berlaku dalam satu masa, maka tak tercapai dek akal dan tenagaku untuk ‘menghandle’ semuanya. Hehe~

Alhamdulillah syukur dengan ni’mat yang Allah berikan. Pada 21 April 2012, saya telah selamat menjadi seorang isteri buat suami tercinta ^_^. Doakan kebahagian dan keberkatan rumahtangga kami ye. Pada 15 Mei 2012 pula, saya telah mendaftar sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi. Insya Allah pada 30 Jun 2012 pula, kenduri kahwin saya yang bergabung dengan adik lelaki saya pula akan dijalankan di Tanjung Malim. Doakan semuanya berjalan lancar dan diberkati Allah ye ^_^

Sempena majlis perkahwinan saya, saya ingin melancarkan satu pertandingan poster baru. Kiranya ini adalah Pertandingan Poster Dakwah de Facebook Edisi 2. Tema untuk pertandingan kali ini agak menarik iaitu Cinta @ Jodoh dalam Islam. Insipirasi untuk poster ini boleh diambil dari video Save The Date saya ini. Tidak perlu terlalu formal, santai2 kreatif je..hehe~

Maka terpulang pada kreativiti anda untuk menghasilkan poster yang terbaik.

Memandangkan pertandingan ini khas sempena majlis perkahwinan saya, maka hadiah untuk pertandingan ini juga agak lain dari lain ^_^ Poster-poster pilihan akan dipamerkan pada majlis perkahwinan saya. Itu tidak pasti berapa poster akan dipamerkan…namanya poster pilihankan? hehe~ Anda mungkin mempunyai peluang! Bagi poster pemenang pula, poster anda akan dicetak dalam bentuk canvas oleh penaja hadiah kita, Style Weddings seperti berikut:

Image

Poster pemenang akan dipamerkan dalam bentuk canvas, dan setelah selesai majlis perkahwinan saya, saya akan hantar poster canvas itu kepada pemenang tersebut. Best kan kalau dapat tengok poster sendiri atas canvas yang cantik? ^_^

Ada satu syarat istimewa/tambahan: Pada peserta pertandingan ini, anda dimestikan untuk meng’share’ video Save the Date saya di FB/blog atau di mana2 saja. Maksudnya anda perlu menghantar link sebagai bukti anda telah meng’share’ video itu. Ini merupakan permintaan penaja hadiah ^_^ dan ini juga merupakan hebahan tentang perkahwinan saya pada khalayak umum. Benda2 baik perlulah dihebahkan betul tak? Nanti tak la orang asyik terpanggil saya ‘cik’ lagi. ;p hehe. Lagipun, ini juga merupakan usaha untuk menyebarkan video dakwah santai kreatif tentang cinta dan jodoh kepada semua. Saya juga berharap selepas ini mereka yang ingin menghasilkan video Save the Date dapatlah menjaga adab dan tatasusila dengan pasangan. Jika masih belum berkahwin, jagalah perhubungan dengan lelaki yang masih belum bergelar suami. Kalau nak romantik2 jiwang, boleh je…tapi nikahlah dulu macam saya dan suami. Best shooting video romantic dengan suami ni tau. hehe

Mari kita baca syarat penyertaan pertandingan poster ini. Jom!

1.Pertandingan mencipta poster DSK (Dakwah Santai Kreatif) ini terbuka kepada semua orang tidak kira di negara mana pun anda berada.

2. Tiada had untuk bilangan penyertaan.

3.  Penyertaan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.

4. Setiap penyertaan boleh dihantar ke emel: upfiruzcontest@gmail.com Poster kemudiannya akan dimuat naik ke album khas di laman rasmi Ustazah Pilihan Firuz di facebook. Di bahagian subject, sila tulis seperti berikut: [PosterDSK2] –nama anda-

Contoh: [PosterDSK2]Firuz Akhtar

Jika anda hantar banyak penyertaan secara berasingan, sila tulis begini:

Contoh: [PosterDSK2]Firuz Akhtar(1)

[PosterDSK2]Firuz Akhtar(2)

dan seterusnya..

5. Dalam emel tersebut, attach kan poster anda dan sertakan maklumat diri dan link bukti perkongsian video Save the Date saya. Link video: http://vimeo.com/41280253

5. Pertandingan akan bermula daripada hari Jumaat, 8 Jun 2012 sehingga hari Khamis, 21 Jun 2012.

7.Kriteria poster:

a) Karya hendaklah asli dan segar. Tidak boleh diciplak. Kalau mengambil inspirasi, itu boleh diterima.

b) Poster mestilah bertepatan dengan tema: Cinta @ Jodoh dalam Islam. Terpulang kepada kreativiti sendiri untuk menyampaikan mesej dakwah. Tidak semestinya tazkirah panjang lebar, tidak semestinya perlu ada ayat quran dan hadis. Think out of the box, be creative. Yang penting dakwah itu ertinya menyeru ke arah kebaikan , dan meninggalkan kemungkaran.  Walaubagaimanapun ia tidak boleh menyentuh sensitiviti agama dan budaya serta isu sensitif politik.

c) Untuk memastikan kualiti poster yang baik dan cantik, poster boleh dipilih daripada saiz berikut : (1024 x 576), (1280×720), (1792×1008), (2560×1440) pixels.

d) Boleh menggunakan konsep apa saja dalam penghasilan poster seperti penggunaan perisian komputer, gambar yang diambil dari kamera, kolaj dan sebagainya. Be creative!

e) Penghantaran poster tidak boleh ditarik balik. Apabila dihantar, pihak penganjur akan menggunakannya untuk promosi pertandingan dan aktiviti dakwah masa hadapan.

f) Setiap penyertaan poster, perlu ada tagline ‘Dakwah Santai Kreatif’. Terpulang pada anda untuk menentukan kedudukan, saiz, bentuk, warna tulisan tersebut asalkan taglineitu perlu ada pada setiap poster. Ketiadaan tagline dianggap tidak menepati syarat penerimaan pertandingan.

Marilah sertai pertandingan poster ini beramai-ramai! Inilah masanya kita menggunakan kreativiti kita untuk tujuan dakwah. Sebar-sebarkanlah hal pertandingan ini kepada kawan-kawan lain supaya lebih ramai lagi yang dapat menyertainya. Cepat tau, jangan ketinggalan! ^0^

Semoga berjaya semua! Saya menunggu poster anda~ Biitaufiq wannajah!!