‘Like’ Issue?


Assalamualaikum. Apa khabar semua? Agak lama saya menyepi kerana ada beberapa perkara penting yang perlu diuruskan.  Maaf. Saya cuba sedaya upaya untuk aktif semula ya?

Di sini saya akan menerangkan tentang kontroversi ‘like’ yang melanda. Hehe.

Memang tidak dinafikan ada page yang ‘dipadam’ kerana menjalankan pertandingan berdasarkan ‘like’. Saya sudah membaca web berkaitan dan syarat2 Facebook dalam Bahasa Inggeris. Page berkenaan telah terpadam kerana:

1) Menentukan pemenang2 utama dalam pertandingan yang dianjurkan dengan menggunakan semata-mata bilangan ‘like’.

2) Menetapkan syarat untuk klik ‘like’ di page mereka, barulah mereka boleh klik ‘like’ di gambar/bahan yang dipertandingkan.

Alhamdulillah pertandingan poster dan video yang saya jalankan tidak membuat perkara berikut. Sila baca artikel saya tentang syarat pertandingan tersebut di www.upfiruz.wordpress.com

Cuma saya adakan hadiah saguhati untuk bilangan ‘like’ terbanyak untuk menghargai usaha peserta yang berjaya menyebarkan dakwahnya kepada ramai orang.  Sekurang-kurangnya apabila poster/video diklik ‘like’, poster itu dibaca dan video ditonton, dan dakwah dapat disebarkan. Bak kata Prof Muhaya, mari kita tamakkan pahala dengan berusaha menyampaikan dakwah kepada skop audiens yang lebih luas.

Ada pepatah pujanggan yang mengatakan, ‘Kejahatan yang terancang adalah lebih baik daripada kebaikan yang tunggang langgang.’ Pertandingan yang saya anjurkan ini bukannya untuk suka-suka sahaja. Saya ada strategi sendiri untuk meluaskan konsep dakwah dengan membuka ‘kotak’ yang sering menghad erti dakwah. Dakwah bukannya kerja ustaz/ustazah sahaja. Ia bukan semata-mata ceramah di masjid tetapi ia lebih daripada itu. Semua orang boleh berdakwah dan ia boleh dilakukan dalam pelbagai cara. And why don’t we be creative in spreading dakwah?

Let’s think out of the box. What kind of strategy can you get from the ‘like’ button?  Kiraan ‘like’ adalah sebanyak 20% sahaja dan kenapa ia penting untuk dimasukkan dalam kriteria pemarkahan? Cuba bayangkan apabila sesuatu poster/video menerima banyak ‘like’, kita tahu ramai yang telah melihat/menontonnya dan ia mendapat sambutan. Jadi kita tahu apa yang menjadi kesukaan ramai. Maka kita gunakan ‘modal’ atau ‘maklumat’ yang didapati itu untuk membina starategi dakwah yang seterusnya.  In other words, it’s like a research for future plans.

Berkenaan ikhlas atau tidak dalam melakukan sesuatu…beginilah…Ikhlas adalah perkara yang sangat subjektif. Ikhlas sukar dikenalpasti seperti mencari semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap. Siapakah kita untuk menentukan samada seseorang ikhlas atau tidak? Hanya Allah tahu apa yang tersirat di hati. Hanya Allah yang tahu segala-galanya. Manusia pula sangat mahir berprasangka…Hati-hati, dalam kita bimbangkan keikhlasan seseorang, kita sendiri mungkin sudah terkena penyakit berprasangka buruk. Mari sama-sama perbaiki diri😀

Hadiah saya sediakan untuk menyatakan rasa penghargaan kepada pemenang, dengan harapan ia menjadi motivasi untuk mereka terus berdakwah. Mari kita sama-sama bekerjasama untuk menyebarkan dakwah santai kreatif, insya Allah. Harapnya usaha kita diredhai Allah dan mendapat ganjaran yang baik daripada-Nya. Amin.

And in case my page is suddenly ‘erased’, I can always open a new one, rite? It’s not about the fan amount, it’s about your strive to keep on spreading dakwah. 😀

Kepada rakan-rakan, jangan lupa untuk menyertai pertandingan video dakwah de facebook ye? Tarikh tutup 11 April 2012. Saya tunggu video anda. Go go go!! U can do it!!

Wassalam dear friends~