Anyonghaseyo


Assalamualaikum. Anyonghaseyo!!

Apa khabar semua? Harapnya kawan-kawan berada dalam keadaan sihat sejahtera dalam limpahan iman dan Islam. Buat pengetahuan semua, saya baru saja pulang dari bercuti selama 6 hari di Korea. Subhanallah! Tak terucap perkataan seronok dan bahagia kerana saya dapat meluangkan masa dengan adik-adik tersayang. Bukannya senang nak berkumpul ramai-ramai, di luar negara pula tu. Jadi saya betul-betul menghargai setiap detik bersama adik-adik yang dikasihi.

Alhamdulillah beruntungnya saya mempunyai 2 orang adik perempuan yang sedang menuntut di Korea. Jadi tiada masalah pemandu pelancong dan penginapan yang timbul. Hehe.  Ramaikah yang teringin untuk melawat Korea? Secara peribadi, saya sangat menyukai negara Korea. Mungkin kerana ada adik-adik di sana dan mungkin juga kerana minat saya terhadap muzik dan drama Korea ;p Apa-apa pun Korea merupakan antara tempat yang paling menarik bagi saya setelah hidup mengembara selama bertahun-tahun.

Walaupun Korea bukanlah sebuah negara Islam, kita masih boleh belajar sesuatu yang berfaedah daripadanya. Janganlah kerana rakyatnya bukan beragama Islam, maka kita menolak kebaikan mereka secara bulat-bulat. Pernahkah anda terdengar orang kata “Saya jumpa Islam di negara bukan Islam tetapi malangnya saya tidak dapat melihat Islam di negara Islam sendiri?”

1)      Kebersihan

Korea memang sebuah negara yang bersih. Bukan sahaja susah untuk saya menjumpai sampah, malah tong sampah pun sukar untuk dilihat. Saya hairan, jika tiada tong sampah, jadi nak buang sampah di mana? Adik saya memberitahu saya bahawa mereka selalunya akan menyimpan sampah di dalam beg, dan di dalam perjalanan jika mereka terlihat tong sampah, barulah mereka akan membuangnya. Wah, bagusnya pemikiran sebegitu! Sampai satu tahap, saya menjadi jakun setiap kali terlihat tong sampah di Korea. Nampak saja tong sampah, saya akan terus mengorek beg untuk mencari kalau-kalau ada sampah yang tersimpan. Ya lah, bukan senang nak jumpa tong sampah, kerana itu memang perlu gunakan peluang keemasan yang datang. Hihi.Image

Lagi satu, mereka mempunyai sistem pembuangan sampah yang tersendiri. Sampah yang basah dengan yang basah saja. Itu pun tidak boleh dicampur dengan beg plastik. Beg plastik pula perlu yang khas saja. Tidak boleh ‘main tibai’ saja. Kalau tidak silap saya, plastik khas perlu dibeli berdasarkan lokasi.

Image

Rasa-rasanya mentaliti rakyat Malaysia bagaimana? “Siapa suruh tak sediakan tong sampah, aku buang je la sampah kat sini..” Hehe…betul tak? ;p Mmm..bagaimana kita nak praktikkan kata-kata ‘An nazhafatu minal Iman’ (Kebersihan itu sebahagian daripada iman) di dalam hidup kita?

2)      Rasa hormat pada golongan yang memerlukan

Cuba bayangkan anda memasuki tren.  Sudah tentu mata anda akan pantas mencari tempat duduk. Seperti mana-mana tren, sudah pasti ada tempat duduk khas untuk golongan tua, ibu mengandung, orang istimewa, kanak-kanak , dan ibu yang mambawa anak kecil. Di Korea, mereka rela berdiri daripada duduk di kerusi khas itu. Waa..saya pun jadi malu. Kalau ikutkan hati, mahu saja saya duduk kerana lenguh berdiri. Dua tempat duduk itu kosong saja. Memang melambai-lambai saya untuk duduk saja di situ. Namun begitu, orang Korea seorang pun tak duduk. Gerabak itu sudah penuh, tetapi 2 tempat duduk itu tetap kosong. Betapa mereka menghormati tempat duduk khas untuk golongan yang memerlukan.

Image

Rasulullah sendiri mengajar kita untuk berbuat baik pada semua makhluk dan tidak menjadi orang yang mementingkan diri. Alangkah bertimbangrasanya mereka. Segan pula jadinya…Ada sesekali saya tak dapat menahan godaan, lantas duduk juga di tempat itu. Adik saya perli, “Puan mengandung ke? Patutlah duduk di kerusi ini..” hehehe. Sekali kena daaaa….. Jadi kawan-kawan kalau boleh, kita cuba latih diri jadi orang bertimbangrasa dan tidak mementingkan diri sendiri ok? Mari kita cuba jadi orang yang sangat prihatin seperti Rasulullah.

Ya Allah, mengantuknya! Apa kata kita sambung lagi cerita kita pada post akan datang? Harapnya sedikit perkongsian ini akan dapat memberi manfaat kepada semua. ‘Jauh Perjalanan, Luas Pandangan.”

Jumpa lagi, insya Allah. Illalliqa’. Peace! No war..