Ahlan Wa Sahlan ^_^


ImageAssalamualaikum, pembuka bicara.

Sukacita saya ingin memaklumkan kelahiran blog rasmi saya sebagai Ustazah Pilihan. Ahlan wa sahlan. Ini merupakan alternatif untuk saya berkongsi ilmu dan pengalaman dengan rakan-rakan. Segala kelemahan amat dikesali dan saya akan ‘take note’ untuk memperbaikinya, Insya Allah. Segala kebaikan pula datangnya daripada Allah dan sebar-sebarkanlah kebaikan yang ada supaya bermanfaat buat semua.

Terima kasih buat ‘Penulis Warkah’ yang mencetuskan idea untuk kelahiran blog ini sekaligus ‘melahirkannya’ buat saya. Semoga segala impianmu tercapai. Hanya Allah saja yang boleh membalas budi baikmu ^_^.

Untuk post yang pertama, saya ingin berkongsi sedikit tentang kepentingan ilmu. Rasulullah telah didatangi oleh malaikat Jibril dengan ayat pertama yang berbunyi ‘Iqra’ yang bermaksud bacalah. Betapa Allah mementingkan ilmu kerana ilmu merupakan pelita kehidupan. Umat Islam akan maju dengan ilmu dan takwa. Walaubagaimanapun setakat mana kita mengambil inisiatif untuk memperkayakan ilmu? Mungkin ada yang sudah ‘boring’ mendengar ceramah tentang kepentingan ilmu tetapi sedarkah kita yang sebenarnya kita hanya buat endah tidah endah saja selama ini?

Langkah mudah yang perlu diambil secepat mungkin ialah tanamkan sifat membaca. Sebenarnya saya sedang menulis di Suwon, Korea Selatan. Sewaktu penerbangan, lampu kapal terbang dipasang sepanjang waktu. Ketika itu dalam ramai-ramai penumpang di situ, saya ada terlihat 2 orang putih sedang khusyuk membaca. Orang lain pula sibuk bersembang atau tidur yang tiada penghujungnya. Astaghfirullahalazim. Saya menjadi malu sebentar. Mereka bukan orang Islam tetapi mengamalkan Islam yang mencintai ilmu. Terus mendapat ‘tamparan’, saya pun mengeluarkan buku motivasi Bahasa Inggeris dan majalah Solusi. Alhamdulillah penerbangan yang panjang itu terasa berkualiti lantaran pembacaan dan penambahan ilmu.

Setakat sini dulu celoteh pertama saya. Izinkan saya bercuti dengan adik-adik saya. Masing-masing sudah menunggu alongnya habis menaip. hehe. Jumpa lagi, insya Allah,