Mentee Pilihan untuk Mac 2015


menteepilihan

Assalamualaikum,

Terima kasih banyak-banyak buat semua yang telah memohon untuk menjadi mentee bagi Mac 2015. Saya tidak sangka ramai pula yang berminat, terima kasih sekali lagi. Seperti yang dijangkakan, ramai yang berminat untuk mendapatkan bimbingan dalam hal biasiswa. Maaf saya tidak dapat nak membimbing semua, hanya beberapa orang mentee saja yang terpilih.

Buat mereka yang tidak dipilih, jangan berputus asa. Sebenarnya kalian boleh cuba mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada senior, guru, kaunselor, orang tua dan sebagainya. Ramai lagi yang boleh dirujuk, percayalah! Kalian perlu berusaha untuk mencari dan tidak berputus asa untuk approach mereka. Sebenarnya dulu saya tiada pembimbing pun untuk hal ini. Bersendirian saya berusaha mencari, mencari dan mencari, dan dari situ saya banyak belajar. Memang tidak mudah tetapi ia pengalaman yang amat bernilai.  So, do not give up dear friends!

Insya Allah tawaran untuk mentee bagi April 2015 akan dibuka pada pertengahan Mac ini. Tiada had untuk permohonan mentee. Sesiapa pun boleh membuat permohonan berulangkali tetapi jangan lupa untuk mencuba dulu pelbagai alternatif yang ada di luar sana.

Mabruk buat mereka yang terpilih! Untuk Mac 2015, saya memilih 4 orang mentee iaitu:

  1.  MOHD FIRDAUS NINAM SHAH dari Shah Alam
  2. FATIYA DENI dari Kuala Lumpur
  3. NADIAH dari Kuala Lumpur
  4. NURHAFIZAH BINTI MOHD ASRI dari Muar

Kepada mentee Mac 2015, sila hantar emel kepada saya di upfiruz@gmail.com. Terangkan sekali lagi hal yang memerlukan bimbingan dengan teliti, atau boleh saja copy paste permohonan anda sebelum ini. Di bahagian Subject, sila tulis: Mentee Mac 2015 (Nama Anda).

Selamat berusaha dan berjaya semua! Remember

motivation

 

Leave a comment