‘Like’ Issue?

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Agak lama saya menyepi kerana ada beberapa perkara penting yang perlu diuruskan.  Maaf. Saya cuba sedaya upaya untuk aktif semula ya?

Di sini saya akan menerangkan tentang kontroversi ‘like’ yang melanda. Hehe.

Memang tidak dinafikan ada page yang ‘dipadam’ kerana menjalankan pertandingan berdasarkan ‘like’. Saya sudah membaca web berkaitan dan syarat2 Facebook dalam Bahasa Inggeris. Page berkenaan telah terpadam kerana:

1) Menentukan pemenang2 utama dalam pertandingan yang dianjurkan dengan menggunakan semata-mata bilangan ‘like’.

2) Menetapkan syarat untuk klik ‘like’ di page mereka, barulah mereka boleh klik ‘like’ di gambar/bahan yang dipertandingkan.

Alhamdulillah pertandingan poster dan video yang saya jalankan tidak membuat perkara berikut. Sila baca artikel saya tentang syarat pertandingan tersebut di www.upfiruz.wordpress.com

Cuma saya adakan hadiah saguhati untuk bilangan ‘like’ terbanyak untuk menghargai usaha peserta yang berjaya menyebarkan dakwahnya kepada ramai orang.  Sekurang-kurangnya apabila poster/video diklik ‘like’, poster itu dibaca dan video ditonton, dan dakwah dapat disebarkan. Bak kata Prof Muhaya, mari kita tamakkan pahala dengan berusaha menyampaikan dakwah kepada skop audiens yang lebih luas.

Ada pepatah pujanggan yang mengatakan, ‘Kejahatan yang terancang adalah lebih baik daripada kebaikan yang tunggang langgang.’ Pertandingan yang saya anjurkan ini bukannya untuk suka-suka sahaja. Saya ada strategi sendiri untuk meluaskan konsep dakwah dengan membuka ‘kotak’ yang sering menghad erti dakwah. Dakwah bukannya kerja ustaz/ustazah sahaja. Ia bukan semata-mata ceramah di masjid tetapi ia lebih daripada itu. Semua orang boleh berdakwah dan ia boleh dilakukan dalam pelbagai cara. And why don’t we be creative in spreading dakwah?

Let’s think out of the box. What kind of strategy can you get from the ‘like’ button?  Kiraan ‘like’ adalah sebanyak 20% sahaja dan kenapa ia penting untuk dimasukkan dalam kriteria pemarkahan? Cuba bayangkan apabila sesuatu poster/video menerima banyak ‘like’, kita tahu ramai yang telah melihat/menontonnya dan ia mendapat sambutan. Jadi kita tahu apa yang menjadi kesukaan ramai. Maka kita gunakan ‘modal’ atau ‘maklumat’ yang didapati itu untuk membina starategi dakwah yang seterusnya.  In other words, it’s like a research for future plans.

Berkenaan ikhlas atau tidak dalam melakukan sesuatu…beginilah…Ikhlas adalah perkara yang sangat subjektif. Ikhlas sukar dikenalpasti seperti mencari semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap. Siapakah kita untuk menentukan samada seseorang ikhlas atau tidak? Hanya Allah tahu apa yang tersirat di hati. Hanya Allah yang tahu segala-galanya. Manusia pula sangat mahir berprasangka…Hati-hati, dalam kita bimbangkan keikhlasan seseorang, kita sendiri mungkin sudah terkena penyakit berprasangka buruk. Mari sama-sama perbaiki diri :D

Hadiah saya sediakan untuk menyatakan rasa penghargaan kepada pemenang, dengan harapan ia menjadi motivasi untuk mereka terus berdakwah. Mari kita sama-sama bekerjasama untuk menyebarkan dakwah santai kreatif, insya Allah. Harapnya usaha kita diredhai Allah dan mendapat ganjaran yang baik daripada-Nya. Amin.

And in case my page is suddenly ‘erased’, I can always open a new one, rite? It’s not about the fan amount, it’s about your strive to keep on spreading dakwah.  :D

Kepada rakan-rakan, jangan lupa untuk menyertai pertandingan video dakwah de facebook ye? Tarikh tutup 11 April 2012. Saya tunggu video anda. Go go go!! U can do it!!

Wassalam dear friends~

Saringan Keempat Pertandingan Poster Dakwah de Facebook

Assalamualaikum semua~

Maaf pengumuman ini agak terlewat ditulis di blog padahal ia sudah lama terpapar di laman rasmi Facebook saya. hehe. Sorry~

Setelah melalui 3 peringkat saringan yang sukar, kini kita sudah tiba di peringkat saringan keempat @ pusingan terakhir @ the finale. Daripada 108 keping poster, kini hanya 24 poster yang tinggal. Waaah, inilah dia finalis anda ya! Bukannya mudah nak menilai semua 871 poster dan membuat saringan hinggalah kepada 24 poster sahaja. Setinggi-tinggi tahniah kepada para finalis. Anda sangat mantap kerana berjaya sampai ke peringkat terakhir menewaskan beratus-ratus saingan yang lain. MABRUK!

Boleh semak finalis poster di sini:

Saringan Keempat Pertandingan Poster Dakwah de Facebook @ The Finale

Tidak lama lagi saya akan umumkan pemenang bertuah untuk Pertandingan Poster Dakwah de Facebook ini. Do expect the best ya! Tungguuuuuuuu~ hehe.

Wassalam ^_^

Pertandingan Video Dakwah de Facebook (Dakwah Santai Kreatif)

[UPDATED] TEMPOH PERTANDINGAN DILANJUTKAN LAGI SEBANYAK 2 MINGGU LEBIH. OLEH ITU PERTANDINGAN VIDEO DAKWAH DE FACEBOOK INI BERLANGSUNG DARIPADA 11 MAC 2012 SEHINGGA 11 APRIL 2012. JANGAN LUPA SERTAI PERTANDINGAN INI RAMAI-RAMAI DAN SEBAR-SEBARKAN HAL INI KEPADA KAWAN LAIN.SHUKRAN! ^_^

Assalamualaikum para sahabat yang diredhai Allah! \^0^/

Kini tiba masanya untuk kita memulakan pertandingan baru. Alhamdulillah, yahoooooo! hehe. Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam Pertandingan Poster Dakwah de Facebook. Sambutannya sangat memberangsangkan iaitu sebanyak 871 poster telah diterima. Pats on your back, friends! Bravo! Tunggu keputusannya yang akan diumumkan dalam masa sehari dua ni ye?

Untuk pertandingan kedua anjuran laman rasmi Ustazah Pilihan Firuz di Facebook, saya dengan ucapan murni Bismilaahirrahmanirrahim ingin melancarkan Pertandingan Video Dakwah de Facebook! ~ * yeay* ~

Dengan niat untuk merancakkan aktiviti dakwah dari pelbagai bidang, pertandingan ini diharapkan dapat menarik seberapa banyak penyertaan untuk menunjukkan sokongan terhadap dakwah. Perlu diingatkan bahawa dakwah tidak terhad kepada golongan ustaz atau ustazah, atau aktiviti di surau sahaja malah ia begitu luas, merangkum erti yang lebih global. Dakwah ialah menyeru kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. :D

Inilah masanya untuk kita melihat kreativiti anak muda Islam, generasi yang bakal menggegarkan negara dan dunia Islam secara umumnya, insya Allah. Seperti biasa, memandangkan ini pertandingan anjuran sayasendiri, maka hadiahnya tidak beberapa lumayan.  Harapnya para peserta akan melihat betapa banyak ganjaran pahala yang akan diperoleh apabila video dakwah mereka ditonton dan menyentuh hati orang ramai. Masya Allah! ^_^

Jumlah nilai hadiah untuk pertandingan kedua ini ialah RM500.

Tempat Pertama: RM200

Tempat Kedua:  RM150

Tempat Ketiga: RM100

Saguhati (Video kesukaan ramai): RM50

Walaubagaimanapun saya membuka peluang untuk sesiapa yang sudi untuk menaja serba sedikit hadiah untuk pemenang pertandingan ini. Anggaplah ia sebagai sedekah di samping promosi syarikat/bisnes anda. Individu persendirian pun digalakkan untuk menyumbang tajaan. Sebarang keinginan untuk tajaan, sila hantar maklumat ke emel:upfiruz@gmail.com

Mari kita baca syarat penyertaan pertandingan video dakwah ini. Jom!

1.Pertandingan mencipta video DSK (Dakwah Santai Kreatif) ini terbuka kepada semua orang tidak kira di negara mana pun anda berada.

2. Tiada had untuk bilangan penyertaan.

3.  Penyertaan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.

4. Setiap penyertaan mesti diupload di laman rasmi Ustazah Pilihan Firuz di Facebook. Cara menghantar/mengupload video ada diterangkan di bahagian bawah post ini* . Video anda akan terpapar di laman rasmi UP Firuz di Facebook. Pastikan anda menghantar maklumat anda ke emel upfiruz@gmail.com sebagai bukti penghantaran video.

5. Video akan dinilai oleh Ustazah Pilihan Firuz dan juri-juri jemputan (juri jemputan akan diumumkan kelak). Sebanyak 20 peratus akan dikira berdasarkan bilangan ‘like’ dan markah selebihnya  akan dikira berdasarkan markah oleh para juri.

6. Pertandingan insya Allah akan bermula daripada hari Sabtu, 11 Mac 2012 sehingga hari Rabu, 11 April 2012

7.Kriteria video:

a) Karya hendaklah asli dan segar. Tidak boleh diciplak. Kalau mengambil inspirasi, itu boleh diterima.

b) Video mestilah mempunyai unsur dakwah. Terpulang kepada kreativiti sendiri untuk menyampaikan mesej dakwah. Tidak semestinya ala-ala ceramah, tidak semestinya perlu ada ayat quran dan hadis. Think out of the box, be creative. Yang penting dakwah itu ertinya menyeru ke arah kebaikan, dan meninggalkan kemungkaran.  Walaubagaimanapun ia tidak boleh menyentuh sensitiviti agama dan budaya serta isu sensitif politik.

c) Panjang video terpulang pada peserta tetapi TIDAK BOLEH MELEBIHI 4 minit.

d) Bebas menggunakan apa saja bahasa dalam menghasilkan video. Seelok-eloknya sediakan sarikata/subtitle untuk video yang menggunakan bahasa selain bahasa Melayu.

d) Boleh menggunakan konsep apa saja dalam penghasilan video seperti ala-ala drama, dokumentari, animasi, berita, dan sebagainya. Be creative!

e) Penghantaran video tidak boleh ditarik balik. Apabila dihantar, pihak penganjur akan menggunakannya untuk promosi pertandingan dan aktiviti dakwah masa hadapan.

f) Setiap penyertaan video, perlu ada tagline ‘Dakwah Santai Kreatif’. Terpulang pada anda untuk meletakkan tagline tersebut dalam bentuk visual(anda taip tagline itu dalam video) atau audio (anda sebut tagline itu dalam video). Ketiadaan tagline dianggap tidak menepati syarat penerimaan pertandingan.

g) Ketika proses upload, pastikan anda menulis ‘title‘ berdasarkan format:

|UP Firuz D.S.K| tajuk video anda

*CARA-CARA MENGHANTAR PENYERTAAN VIDEO 

 Sila ke page rasmi UP Firuz:

http://www.facebook.com/pages/Ustazah-Pilihan-Firuz/232885313444034

 

 Di wall UP Firuz,tekan icon “video”di bahagian “post” ,kemudian ke icon “upload a video”

Tuliskan nama anda(individu atau berkumpulan), alamat email dan tajuk video dalm format:

Nama:……….

Email:……….

Tajuk:……….

“Browse” untuk memilih video yang anda ingin sertakan.

**  1)Mengikut syarat pertandingan,setiap video mesti mengandungi tagline “Dakwah Santai Kreatif” dalam bentuk audio (anda sebut tagline itu) ATAU visual (anda tulis tagline itu)

    2) Panjang video terpulang pada peserta tetapi TIDAK BOLEH MELEBIHI 4 minit

 “Hint” untuk video yang  lawa dan menarik:

Generally, the best format to upload is H.264 video with AAC audio in MOV or MP4 format. H.264 currently offers the best video compression available, and due to file size limitations, this format is the optimal choice for Facebook Video.
To avoid the rescaling of your video by Facebook’s encoder, use a file with the larger edge of the video not exceeding 1280px. If your video is less than 1280px in size on the larger edge, try to keep your dimensions to multiples of 16px for best compression.

Keep the frame rate of your video at or below 30fps.
Use stereo audio with a sample rate of 44,100hz.

Boleh rujuk di sini: http://www.facebook.com/help/videos/uploading

 

Tekan “share” dan “ok” untuk message yang keluar

 

 Bila “message box” di atas muncul,tekan “close window and edit video” untuk langkah seterusnya.

 

Ini merupakan bahagian paling penting dalam syarat penyertaan.

Cara untuk menulis di bahagian “Title” ialah mengikut format seperti

|UP Firuz D.S.K| tajuk video anda

Kegagalan untuk memenuhi syarat di atas akan menyebabkan penyertaan tidak diterima.

 Dengan ini,peryertaan anda sudah diterima.

Untuk maklumat sila hantar maklumat peribadi dan tajuk video anda ke emel: upfiruz@gmail.com

Marilah sertai pertandingan ini beramai-ramai untuk merancakkan arena dakwah di Malaysia. Semoga usaha kita diberikan ganjaran besar oleh Allah ^_^

Sebar-sebarkanlah berita pertandingan ini kepada rakan-rakan lain ya?

See u again~ Wassalam.

Luv: UP Firuz

 

Saringan Ketiga Pertandingan Poster Dakwah de Facebook

Testing..testing..1, 2, 3. Ehem..ehem.

ASSALAMUALAIKUUUUM!!

Apa khabar sahabat sekelian? Kali ini saya akan umumkan keputusan untuk Saringan Ketiga pula. Amacam? Cepat tak kali ini? hihi.

Untuk saringan ketiga, 2 orang juri jemputan telah terlibat. Juri-juri jemputan yang terlibat ialah:

1) Saudara Effy Saiful. Sila lawat blog beliau di:

Paradigm Shift  dan Comparative Religion

2) Saudara Aiman Azlan. Sila lawat beliau di:

Blog Aiman Azlan / Laman Rasmi Facebook / Youtube / Twitter

Jazahumallu khairan kathira! Mereka telah sudi bekerjasama untuk membuat saringan ketiga yang semestinya tidak mudah.

Maka daripada 353 keping poster, sebanyak 108 poster telah berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Mabruk!! Barakallahu fikum! Bravo!

Daripada 3 album, akhirnya kami berjaya juga mengumpulkan poster-poster dalam 1 album. Susah woooo! hehe. Semak status poster anda di:

Keputusan Saringan Ketiga Pertandingan Poster Dakwah de Facebook

Tahniah untuk yang berjaya. Yang tidak berjaya, jangan bersedih. Sesungguhnya kalian telah memberi saingan yang sangat hebat. Mabruk untuk kalian juga. Jangan pernah putus ada. You guys did a great job!

Seperti biasa, saya ingin ingatkan sekali lagi tentang undian ‘like’ untuk poster kegemaran ramai. Ia tidak tertakluk pada mana-mana saringan. Poster paling banyak ‘like’ akan memenangi anugerah pilihan ramai WALAUPUN tidak berjaya ke peringkat lain.

Saya juga ingin terus membuka peluang untuk rakan-rakan mencadangkan kategori anugerah untuk poster-poster yang dipertandingkan. Rekalah anugerah yang kreatif supaya pertandingan ini akan terus ‘happening’ dan yang paling penting diberkati, insya Allah.

Nampaknya sampai sini dulu. Selamat beramal ye kawan-kawan. Jangan lupa misi dakwah santai kreatif kita ye? Fighting!!

Jumpa lagi, insya Allah. Sayonara.

Wassalam :D

Saringan Kedua Pertandingan Poster Dakwah de Facebook

Assalamualaikum friends!

Apa khabar? Lama kan masa yang diambil untuk menilai poster-poster pertandingan ni? Huhu~ Memang susah nak menilai hasil karya yang hebat-hebat ni. Harapnya para peserta bersabar ye~ We are working hard to finish the judging part ^_^

Baiklah untuk saringan kedua, daripada 627 keping, sebanyak 353 keping poster yang layak ke pusingan seterusnya. Daripada 6 album, hanya 3 album yang melepasi saringan kedua.

Jangan lupa ya, anda boleh terus ‘mengundi’ poster kesukaan ramai dengan menekan butang ‘Like’ WALAUPUN poster tersebut tidak berjaya ke pusingan seterusnya. Saya juga masih membuka peluang kepada orang ramai untuk mencadangkan anugerah untuk poster-poster ini. Penyertaan terlalu ‘hangat’ dan saya teringin untuk meraikan sambutan hangat ini dengan memberi beberapa anugerah sampingan.

Ok mari kita tengok poster-poster yang terpilih ke pusingan seterusnya:

Saringan Kedua (Album 1)

Saringan Kedua (Album 2)

Saringan Kedua (Album 3)

Setakat ini dulu. Teruskan usaha kreatif anda dalam berdakwah!

Peace!! See ya! Wassalam. ^_^

Saringan Pertama Pertandingan Poster Dakwah de Facebook

Assalamualaikum kawan-kawan! ^_^

Apa khabar semua? Semua sihat? Hehe. Rindunya saya pada kalian. Maaf kerana kurang memberi update di Facebook buat beberapa ketika kerana kekangan masa. Sekarang saya baru berpeluang menarik nafas sekejap. Alhamdulillah :)

Jazakumullahu khairan kathira buat sambutan yang sangat hangat untuk Pertandingan Poster de Facebook. Poster penyertaan sangat mengancam dan berkualiti tinggi. Saya sangat-sangat berbangga melihat anak-anak muda begitu bersemangat menghasilkan poster dakwah yang menarik belaka. Bravo everyone!!

Poster-poster yang dihantar sangat banyak iaitu sebanyak …..871 keping!!! Tepuk tangan untuk diri sendiri. Masya Allah, mabruk!! Sebar-sebarkan poster anda supaya anda dapat mengumpul lebih banyak pahala. :D

Maaf kerana agak lambat memulakan proses penjurian kerana kesempitan waktu. Walaubagaimanapun, alhamdulillah sesi penjurian telah bermula. Oleh sebab poster terlalu banyak, maka saya akan mengadakan beberapa saringan sebelum ke peringkat ‘final’ untuk menentukan pemenang.

Untuk saringan pertama, poster-poster dinilai lebih pada kreativiti, keaslian dan kekemasan. Daripada 871 keping, sebanyak 627 keping poster berjaya melepasi saringan pertama. Tahniah buat yang berjaya, yang tidak berjaya, jangan berputus asa ya? Teruskan berkongsi poster anda kerana pahalanya tidak akan putus :)

Anda boleh memeriksa status poster anda di sini:

Saringan Pertama (Album 1)

Saringan Pertama (Album 2)

Saringan Pertama (Album 3)

Saringan Pertama (Album 4)

Saringan Pertama (Album 5)

Saringan Pertama (Album 6)

Diingatkan bahawa hadiah untuk saguhati iaitu poster yang mendapat bilangan ‘like’ terbanyak, terbuka pada semua poster. Maksud saya ia terbuka untuk semua poster tidak mengira saringan. Jika satu poster telah tersingkir pada mana-mana saringan, ia tetap layak untuk bertanding mendapatkan hadiah saguhati. :D

Dan untuk meraikan sambutan hangat dalam pertandingan kali ini, saya bercadang untuk menambah kategori anugerah. Hadiahnya bukanlah berupa wang seperti hadiah untuk pemenang-pemenang, tapi sekurang-kurangnya menang untuk satu kategori itu memberi pengiktirafan pada diri sendiri kan? ^_^ Oleh itu, di sini saya harap kawan-kawan dapat memberi cadangan untuk kategori anugerah yang bakal dipertandingkan. Contohnya : Anugerah Poster Paling Comel ke, Anugerah Poster Paling Menginsafkan ke..dan sebagainya. Kawan-kawan, sumbangkanlah idea ye?

Setakat sini dulu post saya untuk kali ini. Tahniah sekali lagi kepada mereka yang melepasi saringan pertama. Tunggu keputusan untuk saringan seterusnya ok?

Jumpa lagi insya Allah. Teruskan dakwah santai kreatif anda!!!

Illalliqa’

 

[UPDATED] Pertandingan Poster de Facebook (Dakwah Santai Kreatif)

Assalamualaikum semua!

Bersedia untuk menghadapi pengumuman yang telah diberi ‘hint’ beberapa kali ini? Hehe..

Saya mulakan dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim \^o^/

Pertandingan Poster Dakwah de Facebook

Laman rasmi Ustazah Pilihan Firuz di Facebook dengan sukacitanya ingin melancarkan pertandingan poster dakwah berkonsepkan santai dan kreatif (DSK). Dengan niat untuk merancakkan aktiviti dakwah dari pelbagai bidang, pertandingan ini diharapkan dapat menarik seberapa banyak penyertaan untuk menunjukkan sokongan terhadap dakwah. Perlu diingatkan bahawa dakwah tidak terhad kepada golongan ustaz atau ustazah, atau aktiviti di surau sahaja malah ia begitu luas, merangkum erti yang lebih global. Dakwah ialah menyeru kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

Inilah masanya untuk kita melihat kreativiti anak muda Islam, generasi yang bakal menggegarkan negara dan dunia Islam secara umumnya, insya Allah. Memandangkan ini pertandingan sulung anjuran laman rasmi UP Firuz, hadiahnya tidaklah terlalu lumayan.  Harapnya para peserta akan melihat betapa banyak ganjaran pahala yang akan diperoleh apabila poster dakwah mereka dibaca dan menyentuh hati orang ramai. Masya Allah! ^_^

Jumlah nilai hadiah untuk pertandingan sulung ini ialah RM500.

Tempat Pertama: RM200

Tempat Kedua:  RM150

Tempat Ketiga: RM100

Saguhati (Poster pilihan ramai): RM50

Pemarkahan poster akan diberi berdasarkan 20 peratus bilangan like dan selebihnya berdasarkan penilaian Ustazah Pilihan Firuz dan beberapa juri jemputan. Diperkenalkan juri jemputan untuk semua! \^O^/

1) Effy Saiful (Blogger)

Effy Saiful adalah seorang blogger merangkap pelajar bidang perubatan di Universiti Al-Azhar, Mesir yang menulis banyak artikel bermanfaat dalam bentuk santai dan kreatif. Anda boleh membaca artikel-artikel menariknya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di:

Blog Paradigm Shift dan Blog Comparative Religion

2) Amie Sofia (Juara Rancangan TV Al-Hijrah, Solehah)

Amie Sofia merupakan juara bagi rancangan Solehah yang ditayangkan di TV Al-Hijrah. Sebagai pelapis bagi pendakwah wanita generasi baru, beliau aktif berdakwah di sana sini, selain aktif menulis untuk ruangan di surat khabar Metro setiap hari Ahad. Beliau telah menghiasi kulit majalah Anis untuk bulan Februari 2012 bersama 2 finalis Solehah yang lain. Jangan lupa dapatkan majalah Anis di pasaran!

Anda boleh menghubungi beliau di:

Facebook Amie Sofia

3) Rashdi Amin (Fotografer)

Rashdi Amin adalah Creative Director bagi PEVEYHACK PHOTORAPHY yang diasaskan oleh dirinya sendiri pada 2006. Beliau akan menilai penyertaan poster dari segi artistik dan kreativiti. Beliau merupakan jurugambar profesional dan berpengalaman luas dalam menghasilkan gambar-gambar yang cantik dan artistik. Cantik kan? (Beliau juga jurugambar rasmi untuk majlis perkahwinan saya kelak, insya Allah ^_^)

Jangan lupa ‘like’ dan lihat hasil karya beliau yang lain di:

Facebook PEVEYHACK PHOTORAPHY

4) Seorang lagi juri istimewa masih dalam proses perundingan. Tunggu dan lihat ye, kawan-kawan? Insya Allah kita juga akan mendapatkan beliau sebagai juri jemputan kita.

[UPDATED]

4) Aiman Azlan (Youtuber dan Blogger)

 

Aiman Azlan adalah seorang pelajar bidang Biologi dan Psikologi di University of Toronto, Canada. Beliau aktif menghasilkan video dakwah yang santai dan kreatif di Youtube. Berikut ialah contoh videonya yang kreatif tentang Ramadhan yang dilakukan bersama Youtuber Anwar Hadi:

Anda boleh mengikuti perkembangannya di:

Blog Aiman Azlan / Laman Rasmi Facebook / Youtube / Twitter

Mari kita baca syarat penyertaan pertandingan poster ini. Jom!

1.Pertandingan mencipta poster DSK (Dakwah Santai Kreatif) ini terbuka kepada semua orang tidak kira di negara mana pun anda berada.

2. Tiada had untuk bilangan penyertaan.

3.  Penyertaan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.

4. Setiap penyertaan boleh dihantar ke emel: upfiruz@gmail.com Poster kemudiannya akan dimuat naik ke album khas di laman rasmi Ustazah Pilihan Firuz di facebook.

5. Poster akan dinilai oleh Ustazah Pilihan Firuz dan juri-juri jemputan. Sebanyak 20 peratus akan dikira berdasarkan bilangan klik ‘like’ dan markah selebihnya  akan dikira berdasarkan markah oleh para juri.

6. Pertandingan akan bermula daripada hari Isnin, 23 Januari 2012 sehingga hari Ahad, 5 Februari 2012.

7.Kriteria poster:

a) Karya hendaklah asli dan segar. Tidak boleh diciplak. Kalau mengambil inspirasi, itu boleh diterima.

b) Poster mestilah mempunyai unsur dakwah. Terpulang kepada kreativiti sendiri untuk menyampaikan mesej dakwah. Tidak semestinya tazkirah panjang lebar, tidak semestinya perlu ada ayat quran dan hadis. Think out of the box, be creative. Yang penting dakwah itu ertinya menyeru ke arah kebaikan , dan meninggalkan kemungkaran.  Walaubagaimanapun ia tidak boleh menyentuh sensitiviti agama dan budaya serta isu sensitif politik.

c) Untuk memastikan kualiti poster yang baik dan cantik, poster boleh dipilih daripada saiz berikut : (1024 x 576), (1280×720), (1792×1008), (2560×1440) pixels.

d) Boleh menggunakan konsep apa saja dalam penghasilan poster seperti penggunaan perisian komputer, gambar yang diambil dari kamera, kolaj dan sebagainya. Be creative!

e) Penghantaran poster tidak boleh ditarik balik. Apabila dihantar, pihak penganjur akan menggunakannya untuk promosi pertandingan dan aktiviti dakwah masa hadapan.

f) Setiap penyertaan poster, perlu ada tagline ‘Dakwah Santai Kreatif’. Terpulang pada anda untuk menentukan kedudukan, saiz, bentuk, warna tulisan tersebut asalkan tagline itu perlu ada pada setiap poster. Ketiadaan tagline dianggap tidak menepati syarat penerimaan pertandingan.

Marilah sertai pertandigan poster ini beramai-ramai! Inilah masanya kita menggunakan kreativiti kita untuk tujuan dakwah. Sebar-sebarkanlah hal pertandingan ini kepada kawan-kawan lain supaya lebih ramai lagi yang dapat menyertainya.

Semoga berjaya semua! Saya menunggu poster anda~ Biitaufiq wannajah!!